Akhirnya Eye On Malaysia Di Pindahkan
Mahkamah benarkan Eye On Malaysia dipindahkan
08/02/2010 1:00pm
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pemilik asal Eye on Malaysia, Fitraco NV dari Belgium, untuk memindahkan dan mengeluarkan roda gergasi itu dari Muara Sungai Melaka.
Dengan perintah itu bermakna, Fitraco NV boleh membuat apa sahaja termasuklah menjual roda gergasi tersebut.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam-peguam Leonard Yeoh dan Cheah Soo Chuan yang mewakili Fitraco NV selaku plaintif.
Menurut Soo Chuan, Hakim Anantham Kasinather membuat keputusan tersebut dalam kamar.
Peguam itu menyatakan, mahkamah membenarkan permohonan plaintif untuk memasuki tanah yang didaftarkan atas nama Eye On Malaysia Sdn. Bhd. selaku pemilik bagi melaksanakan dan menguatkuasakan sebarang hak dan sekuriti seperti yang diperuntukkan dalam gadaian dan perjanjian jualan.
Mahkamah juga menurut Soo Chuan, membenarkan deklarasi untuk plaintif memeriksa, memindah, memindah keluar atau mengambil roda gergasi tersebut.
Hakim itu turut memerintahkan supaya MST Ad Suria Sdn. Bhd. selaku defendan pertama, membayar kos guaman RM35,000 dan RM10,000 bagi Eye On Malaysia Sdn. Bhd. selaku defendan kedua.
MST Ad Suria yang dinamakan defendan pertama diwakili peguam Aziriza Mohd. Zaid, manakala Eye On Malaysia Sdn. Bhd. diwakili peguam Adilah Ahmad Nordin.
Pada 15 September 2009, Fitraco NV, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu, memfailkan saman terhadap EOM dan MST Ad Suria Sdn. Bhd. selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang itu bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.
MST adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006 sebagai sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007.
Roda itu telah dipindahkan dari Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ke muara Sungai Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment