Anwar Ibrahim Jelmaan Nelson Mandela Di Malaysia?

oleh Azly Rahman..

Sementara Amerika menunggu Ketibaan Super Bowl, Malaysia pula minggu ini akan mendengar hujah-hujah di dalam perbicaraan berprofil tinggi, Anwar Ibrahim.

Jika difikirkan, apakah patut perkara ini berlaku? Apa yang kita dapat daripada perbicaraan ini sebagai satu bangsa Malaysia. Di manakah akan kita bawa bangsa Malaysia dalam keperluan untuk memahami makna kenegaraan dan demokrasi?

kematangan Selepas Mahathirisme

Jika kita ambil tahun 1998 sebagai satu kayu ukur untuk melihat perubahan negara Malaysia yang diwarnai dengan pelbagai ragam politik, Anwar boleh dilihat sebagai pengganti Nelson Mandela.

Semangatnya tidak mati selepas enam tahun terpenjara dan selepas pembebasannya satu momentum telah tercipta di kalangan rakyat Malaysia. Ia semakin meningkat hari demi hari. Momentum ini akhirnya diterjemahkan pada penubuhan Parti keadilan Rakyat dan juga gabungan Pakatan Rakyat yang kukuh.

Ketentuan Tuhan dan perlaksanaan hamba-Nya telah mendorong banyak perubahan dan evolusi untuk mencabar parti binaan Mahathir dengan tertubuhnya sistem dua parti di Malaysia yang dapat membuat rejim pada masa kini takut dan menggeletar.

Sesungguhnya dari 1998 hingga 2010, rakyat Malaysia bukan hanya memperlihatkan satu evolusi kepekaan yang maksima tetapi turut jua melahirkan gelombang-gelombang bantahan yang kuat di jalanan, di parlimen, di ruang siber, dan pasti di dalam fikiran rakyat Malaysia mereka sudah muak dengan pemerintahan ala Mahathir yang punya banyak kekurangan.

Rakyat Malaysia ternyata telah matang dalam satu cara. Hanya kakitangan awam dan mereka yang bekerja dengan Kerajaan masih mengampu dan tunduk patuh kepada rejim pemerintah yang belum matang sepenuhnya dalam mentadbir.

Jika dua belas ke lima belas tahun lepas, rakyat Malaysia tidak berani untuk bercakap mengenai hak-hak Melayu, rasuah,menentang Barisan Nasional, takrif bumiputera, dan mngkritik rejim pemerintah - keadaan kini telah berubah secara dramatik.

Ia seolah-olah pembebasan Anwar daripada enam tahun terpenjara memberi makna yang amat baik dan penuh signifikan.

Internet, satu Frankenstein masa pasca moden dan satu teknologi yang sentiasa berkembang.

Apa yang dibongkar pada Internet itu menjadi hub pelancaran untuk bantahan terus kepada masalah-masalah yang dilakukan kerajaan.

Anwar Ibrahim telah menjadi titik permulaan kepada gelombang baru revolusi ini iaitu reformasi yang bukan hanya sekadar itu tetapi menjadi satu bentuk kesedaran baru meskipun sering diserang dengan konsisten oleh mereka yang takutkan perubahan.

Mencabar Kepatuhan

Bagaimanakah kesedaran baru itu dapat menghakis rasa patuh dan taat kepada pihak berkuasa, terutama orang Melayu yang sering dianggap kebanyakan orang sebagai patuh kepada tanah air,bangsa,agama dan pemerintah mereka.

Seperti yang berlaku pada Nelson Mandela untuk menentang dasar aparteid di Afrika Selatan, rakyat Malaysia dapat melihat berlakunya Mandelanisasi kepada Anwar Ibrahim terutamanya merujuk kepada perbicaraan sodomi kedua beliau.

Ia bukan Anwar yang dibicarakan di dalam mahkamah tetapi apa yang sebenarnya dibicarakan adalah kehendak rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Ia adalah desakkan hidup untuk bertaup dan membuka harapan kepada kemandirian bangsa.

Bemula dengan politik 'berbulan madu' Abdullah Ahmad Badawi dan kegagalannya untuk melaksanakan transformasi yang beliau janjikan. Persembahan yang lebih buruk dan juga keangkuhan ditunjukkan beliau dan kerajaan pemerintahannya dalam isu-isu memerangi rasuah,badan kehakiman,keseimbangan sistem pendidikan, dan toleransi kaum. Rakyat Malaysia sudah puas melihat satu kegagalan dalam persembahan yang dinamakan Islam Hadhari.

Perhimpunan-perhimpunan di jalanan, water canon, cecair kimia disembur, kematian Altantuya, Kugan, Teoh Beng Hock, dan krisis Perak.Semua ini adalah skrip-skrip yang memberi inspirasi kepada bangkitnya kemarahan rakyat.

Mungkin kita dapat melihat kesan Mandelanisasi Anwar Ibrahim ini pada piliharaya umum yang akan datang hasil daripada perjuangan yang kental dan garang daripada mereka yang mahu melakukan perubahan.

Perubahan boleh menyakitkan tetapi ia perlu dilalui oleh sebuah negara untuk mencapai kemajuan. Ia boleh diubati dengan menelan ubat yang pahit tetapi diakhirnya ia akan dapat memulihkan kebinasaan.

Telah terlalu lama rakyat telah dilekakan terutama semasa pemerintahan Mahathir, rakyat Malaysia telah diberikan cerita-cerita khayalan dan cerita-cerita baik tentang kerajaan. Akhirnya mewujudkan 'Malapetaka Dahsyat Pada Masa Kini'.

Minggu ini pasti akan menjadi minggu yang istimewa.Mungkin kita akan terus hidup dalam masa-masa yang istimewa,seperti kata-kata Mao Zedong. Bagaimana episod minggu ini akan berakhir bergantung kepada: "Manusia mencadang, Tuhan Menghapuskannya".


Diterjemah dan diolah daripada artikel Bahasa Inggeris di sini.

Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.