Azmin Ali: Isu diputarbelit BN, saya akan gempur di Parlimen!

Sesi Persidangan Parlimen akan bermula pada 15 Mac 2010 selama 20 hari. Sesi kali dijangka panas memandangkan beberapa perkembangan mutakhir yang menggarap persoalan politik, ekonomi, agama, rasuah dan sistem kehakiman yang bobrok.

Hari ini adalah hari terakhir kemuka soalan bertulis dan lisan kepada Parlimen. Saya pohon penjelasan Kerajaan mengenai pilihanraya kampus yang dibolosi FRU, scorpene baru yang sudah rosak, MiG29 yang terpaksa dijual kepada negara-negara ketiga dengan harga besi buruk, siapa menjual maklumat pertahanan negara, berbilion capital flight ekoran amalan rasuah UMNO dan sistem kehakiman yang dibolosi tangan UMNO, perkhidmatan fomema yang tidak memuaskan, sistem pajakan kenderaan kerajaan dari SPANCO yang merugikan, apa peranan Daim Zainuddin dalam Spanco, dasar luar negara yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa dan gesaan supaya kembalikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga yakin sesi kali ini akan menjadi pentas pertarungan berhubung pendakwaan yang bermotifkan konspirasi politik terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga isu kalimah Allah.
Rakyat Malaysia akan menyaksikan gelagat Pak Menteri untuk menjawab persoalan-persoalan ini.

http://azminali.com/


Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.