Fitnah Ke Atas Anwar, Tanda Politik Runtuh - Tian Chua
KUALA LUMPUR : Fitnah kali ke 2 yang melanda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas menunjukkan sistem politik Malaysia yang runtuh.
"Kes Anwar bukan kes individu dan ia berkait rapat dengan Pakatan Rakyat (PR). Sekali lagi jentera kerajaan digunakan golongan elit untuk mengalih perhatian rakyat mengenai isu-isu besar negara seperti kehilangan enjin jet, rasuah, penyelewengan dan sebagainya," tegas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam sidang media di pejabat utama PKR.
Menurut Tian, PR akan mengadakan kempen 'Selamatkan Malaysia' supaya dapat menyalurkan maklumat kepada rakyat dan secara langsung dapat memberikan rakyat peluang untuk membuat keputusan.
"Sesi ceramah 'Selamatkan Malaysia' akan diadakan di seluruh negara dengan tujuan menyeru kepada rakyat supaya bangkit dan menyelamatkan Malaysia dari sebarang penindasan dan penyelewengan dari segi moral, ekonomi dan politik.
"Kita juga akan membawa kempen ini ke pentas yang lebih besar lagi," jelas Tian Chua.
Beliau berkata dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Pusat PKR bagi menerangkan isu Anwar kepada rakyat. Sidang Media ini akan berlangsung setiap malam bermula malam tadi sejurus selepas perbicaraan Anwar di Mahkamah.
berpuas hati dengan artikel ini?sokong dan bantu lah saya dengan hanya klik di sini

No comments
Post a Comment