Imbasan: Jika Balik Pulau terpinggir Umno bertanggungjawab
Jika Balik Pulau terpinggir Umno bertanggungjawab
Saya tidak faham kenapa para pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan naib ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang juga menantunya, dengan mudah dan tanpa usul periksa melemparkan tuduhan kononnya Balik Pulau (lebih tepat daerah Barat Daya Pulau Pinang) terpinggir dalam arus pembangunan.
Setahu saya daerah Barat Daya telah dan sedang mengecapi arus pembangunan yang tidak kurang hebatnya berbanding dengan daerah-daerah lain di Negeri Pulau Pinang seperti daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara.
Daerah Balik Pulau memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Zon Perdagangan Bebas, Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia, Muzium Perang Dunia Kedua, kawasan-kawasan tarikan pelancong seperti Telok Bahang, Batu Ferringhi, Pantai Aceh, Pulau Betong, Taman Rama-Rama, Hutan Lipur, Dusun Buah-buahan Tropika, syurga makanan laut di Batu Maung dan dusun-dusun yang mengeluarkan durian yang dikatakan terbaik di Pulau Pinang.
Balik Pulau juga berbangga dengan satu-satunya Pusat Kajian Falak Sheikh Tahir Jalaluddin yang terletak di Pantai Aceh.
Sebenarnya, daerah Barat Daya adalah daerah tarikan pelancong yang utama di Pulau Pinang. Daerah ini juga masih mengekalkan kampung-kampung tradisi orang Melayu dan daerah pengeluaran buah pala terbesar di Malaysia.
Jadi, bagaimana daerah yang unik ini boleh dikatakan terpinggir? Apakah ukuran yang diguna pakai untuk melabelkan daerah Barat Daya atau Balik Pulau sebagai ketinggalan berbanding dengan daerah-daerah lain di Pulau Pinang?
Cadangan pembinaan jambatan kedua menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar akan bertapak di Batu Maung dan apabila siap kelak ia sudah tentu akan menjadi pemangkin untuk melonjakkan lagi pembangunan di daerah itu.
Jika benarlah daerah ini terpinggir dan ketinggalan, siapa yang harus dipersalahkan? Seperti biasa, para pemimpin Umno menyalahkan orang lain dan bukan diri mereka sendiri.
Untuk makluman, ahli Parlimen Balik Pulau adalah Dr Hilmi Yahya, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Adun Bayan Lepas adalah Syed Amerruddin Syed Ahmad yang juga ahli Exco Negeri, Adun Telok Bahang adalah Siti Faridah Arshad, Adun Pulau Betong adalah Muhammad Farid Saad dan Adun Batu Maung Mansor Musa. Semua mereka mewakili Umno dan Barisan Nasional.
Apakah kesemua wakil rakyat dari Umno ini gagal berkhidmat untuk rakyat sehingga daerah Barat Daya yang mereka wakili dikatakan terpinggir dan ketinggalan dalam arus pembangunan? Jika benar, mereka dan Umnolah yang harus dipersalahkan dan bukan pentadbiran kerajaan negeri atau ketua menteri.
Selain daripada wakil rakyat yang dipilih rakyat, terdapat 11 orang lagi wakil Umno yang dilantik menjadi ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang turut bertangunggjawab ke atas pembangunan Balik Pulau. Yang Dipertua MPPP juga seorang pegawai Melayu. Mereka juga harus dipersalahkan jika benar Balik Pulau terpinggir dan ketinggalan.
Ahli MPPP yang mewakili Umno adalah Ahmad Ismail, Norjan Abdul Hamid, Aziaan Ariffin, Mohd Ridzwan Bakar, Noor Rahim Abd Wahab, Zulkarnain Harun, Muszaina Md Mustaffa, Abd Razak Abd Rahman, Shah Headan Ayoob, Hassan Saad dan Azizi Zakaria.
Jika dilihat perangkaan terbaru mengenai taburan penduduk, orang Melayu paling ramai mendiami daerah Seberang Perai Utara (+-173,000), diikuti oleh daerah Seberang Perai Tengah (+-159,000) manakala daerah Barat Daya ditempat ketiga dengan lebih kurang 120,000 orang. Daerah-daerah lain - Timur Laut (bekas kawasan Majlis Bandar Raya Georgetown) seramai 102,000 orang manakala daerah Seberang Perai Selatan seramai 55,000 orang.
Bagi keseluruhan negeri Pulau Pinang, jumlah penduduk Melayu mengikut perangkaan 2005 adalah 612,300 orang atau 41 peratus, manakala orang Cina seramai 635,500 orang atau 42.5 peratus. Oleh itu, perbezaan jumlah penduduk antara Melayu dan Cina tidak begitu jauh jurangnya dan tidak boleh dijadikan alasan untuk mempertahankan alasan terpinggir atau tidak.
Kepada para pemimpin Umno Pulau Pinang dan luar Pulau Pinang yang sedang cuba menjadi jaguh orang Melayu, terutama di musim pemilihan parti sekarang, tolonglah dapatkan fakta sebelum mengeluarkan sebarang ulasan atau kenyataan. Jangan meludah ke langit, air ludah itu akan membasahi muka anda.
http://kudaranggi.blogspot.com/2006/09/jika-balik-pulau-terpinggir-umno.html
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment