Imbasan: Untuk Melayu Pulau Pinang Lagi..
#petikan Berita Harian, 19.12.2006
PELABURAN Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB) memulakan langkah awal dalam memenuhi matlamatnya meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersial di bandar dengan membeli tiga bidang tanah seluas 50 hektar di Pulau Pinang.
Ketiga-tiga bidang tanah itu akan dimajukan dengan projek perumahan mampu milik serta ruang perniagaan bagi memastikan Bumiputera tidak terpinggir dan kekal tinggal di bandar.
Pembangunannya akan dilaksana secara berperingkat bermula suku pertama tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2010.
PHBB, syarikat milik penuh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) yang memulakan operasinya September lalu itu, semalam memeterai dua perjanjian masing-masing dengan Island & Peninsular Development Sdn Bhd (I&P Development) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Di bawah perjanjian dengan I&P Development, ia membeli tanah pegangan bebas seluas 44.408 hektar di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada harga RM97.5 juta, sementara dengan TNB pula membabitkan tanah pegangan bebas seluas 2.4 hektar di Gelugor pada harga RM14 juta dan tanah pajakan seluas 23,140 meter persegi di Pengkalan Weld pada harga RM5 juta.
Pada majlis yang diadakan di Pulau Pinang itu, PHBB diwakili Ketua Eksekutifnya, Kamalul Arifin Othman; I&P Development oleh Pengarah Urusannya, Datuk Jamaludin Osman, manakala TNB oleh Naib Presidennya, Datuk Abdul Razak Abdul Majid.
nota: Satu lagi respon untuk isu Melayu Pulau Pinang terpinggir. Saya teringat dalam satu mesyuarat di peringkat jabatan, ada seseorang meluahkan, “Nak majukan Melayu Pulau Pinang lagi susah dari nak tolong orang asli. Orang asli, bila diberi bantuan, dibuat itu ini, tidak pandai komplen. Tapi Melayu Pulau Pinang, beratus juta pun dibantu, masih lagi komplen!”
~leLabu~
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment