Isteri Pengerusi Dap Sarawak Kena Simbah Asid

SIBU 5 Feb. – Isteri kepada Pengerusi DAP Sarawak dilaporkan disimbah dengan sejenis cecair oleh penunggang motosikal berhampiran bangunan Sanyan di Jalan Sanyan di sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika Irene Chang, seorang peguam mahu membuka pintu keretanya apabila dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal menghampirinya.

Salah seorang daripada mereka, tiba-tiba menyimbah sejenis cecair kepadanya sebelum kedua-duanya memecut dari situ, kata Wong Ho Leng mengenai kejadian yang dialami isterinya itu.

Ho Leng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek berkata, isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan kerana hanya sedikit sahaja cecair tersebut yang mengenainya, tetapi isterinya terkejut dengan kejadian itu.

Beliau berkata, polis telah mengambil keterangan daripada isterinya. Ho Leng juga tidak mengetahui motif serangan. – Bernama

*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.