Jangan lapor apa-apa dalam sesi tertutup, media diberi amaran

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada media agar tidak menulis sebarang laporan atau menerbit sebarang gambar mengenai bukti prosiding dalam perbicaraan tertutup semalam.

Peguam Anwar, S N Nair berkata, apa-apa laporan cerita atau gambar boleh didakwa kerana menghina mahkamah.

“Bukti dalam kamera diberi dalam mahkamah. Ianya tidak boleh didedahkan kepada orang awam,” katanya kelmarin.

Beliau memberitahu hal ini berkaitan dengan maklumat terperinci mengenai perlakuan liwat yang didedahkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam prosiding tertutup semalam.
Nair memberi amaran kepada media apabila beliau mendapati seorang jurugambar memgambil gambar-gambar Mohd Saiful yang menerangkan apa yang berlaku dalam bilik tidur utama di kondominium mewah di Bukit Damansara itu.
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.