Juara rakyat tidak salah guna agensi kerajaan?

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mendakwa bahawa Program Juara Rakyat yang dianjurkan Umno-BN boleh guna agensi kerajaan. Apa hak Umno-BN untuk guna jentera dan agensi kerajaan?Kalau kerajaan mahu turun padang sekali pun konon untuk bantu rakyat, tidak boleh ke terus melalui agensi yang sedia ada dan bukan melalui Umno-BN.

Dalam masa yang sama berkempen untuk Umno-BN. Dakwa Ahmad Maslan, program Juara Rakyat pada dasarnya adalah pemudah cara kepada semua agensi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mendekati rakyat, sekaligus menepati konsep pentadbiran negara ketika ini iaitu rakyat diutamakan.

Kenapa perlu melalui parti untuk menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat. Bukankah dengan cara sedemikian akan mendikriminasikan penyokong-penyokong parti selain Barisan Nasional?

Sebelum ini pun sudah terbukti, segala bantuan kerajaan disalurkan melalui pejabat-pejabat Umno bahagian. Yang mendapat bantuan hanyalah orang-orang tertentu sahaja yang ada kaitan dengan Umno-BN. Yang tiada kaitan akan disisihkan daripada mendapat bantuan yang sepatutnya.

Usah berselindunglah disebalik motto rakyat diutamakan jika hanya 'rakyat' ahli Umno-BN sahaja yang digemukkan.

Usah tembelanglah wahai Umno. Dakwa Ahmad Maslan lagi, program Juara Rakyat juga sama sekali tidak berkaitan dengan muslihat kerajaan untuk memancing undi sempena pilihan raya kerana ia masih terlalu jauh untuk diperkatakan.

Bagaimana pula dengan program juara rakyat yang diadakan di Hulu Terengganu?siap buat di sekolah lagi. Suatu tempat yang dilarang berpolitik. Dalam program berkaitan di Hulu Terengganu itu, MB Terengganu, Dato` Ahmad Said secara terangan mengajak rakyat memberi sokongan kepada Umno-BN dengan mengungkit-ungkit pembangunan yang dilakukan. Konon minta balas budi.

Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

1 comment

Najib said...

Pakatan ni macam terlalu sibuk berpolitik sehinggakan mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat termasuklah Anwar, Nik Aziz, dan Lim Guan Eng.

Setiap ari ader jer isu yang nak disensasikan.
Bila pulak ada masa nak jaga kebajikan rakyat? Macam ni kah pemimpin yang diberi kepercayaan kepada rakyat? Tidakkah berasa malu sebagai pemimpin Islam terutama Nik Aziz dan Anwar tanpa mempedulikan nasib rakyat?
TGNA pun suka cakap melulu-ikut sukati dier..

Powered by Blogger.