Terkini!: Berita Secara Lansung Kes Nizar Lawan Zambry Dari Mahkamah! Refresh!

insya allah sayaakan kemaskini setiap 10 atau 15 minit. jadi anda kena sentiasa refresh!

MUKTAMAD : ZAMRY MENANG !!

5-0 beb...

* Selain itu hujah hakim menggambarkan, mungkinkah Nizar diumumkan sebagai MB Perak pada hari ini?????


* Hampir 30 minit penghakiman telah dibaca

Siapakah MB Perak masih belum diumumkan oleh Hakim, semua masih memerhati hujah-hujah penghakiman yang dibaca oleh hakim, namun gambaran yang diberikan kita kalah dan kemungkinan hakim akan umum Zambry sebagai MB Perak ??


* * Dr Lee Boon Chye yang berada di dalam mahkamah memberi tahu kepada YB Tian Chua - Nizar kalah!!.. berita ini belum dapat di pastikan lagi!

* TERKINI - Tumpuan kepada sidang dalam kamar. Ds. Nizar seperti biasa berada di tempat duduknya sepanjang perbicaraan kes MB Perak termasuklah pada hari ini.

Namun seperti biasa, pada hari ini Zambry tidak datang. Yang datang cuma lebih 10 ADUN BN yang mewakili beliau. PETANDA 2 PERKARA ! Anda boleh baca ?? Mengapa ?

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201002/phpCYhJktdsc00936.jpg

* MAKLUMAN - Result mungkin akan diketahui seawal jam 11.30 pagi..InsyaAllah atau lebih awal.

* Peguam diperkenalkan. Peguam Ds. Nizar terdiri.. Cah Kok Leong, Nga Hok Chey, Ranjit Sigh, Razlan, Boon Tai Su, Amir Hamzah, Liang Chit King, Miss Joi Leong, Chiang Lek Choi dan Hanifa Maidin dan Zulkarnain.

Dipihak BN, Cecil Ibrahim, Ghani Phatail, Tun Abdul Majid, Dato' Kamaruddin, Hjh. Azizah, Majit Singh, Suzana Tan, Andy Razali Jaya,

Pemerhati BN, Hafarizan, Abubakar Sidek dan M Reza Hasan. Wakil Malaysian Bar, Mr. Chen Foo Kin.



* FRU leraikan himpunan luar Mahkamah.Sekitar 30 orang FRU menyuraikan orang yang berhimpun di luar mahkamah sebentar tadi. Mereka termasuklah dikalangan remaja berbaju kuning yang berkumpul dan mengadakan ceramah di hadapan bangunan.







* Keadaan dalam Mahkamah yang terbahagi kepada tiga tempat duduk, satu bahagian di duduki oleh rakan media, satu tempat ditengah oleh ADUN dan penyokong BN dan sebelah kanan tepi dinding oleh ADUN dan penyokong PR.

* Cina Islam - Menurut maklumat yang baru saya dapat, satu mesyuarat Exco Kerajaan Kudeta akan diadakan di Kuala Lumpur esok. Mengikut maklumat yang diterima, segala bahan dan mesyuarat telah dibawa ke KL.

* Ahli Parlimen dan ADUN PR yang berada didalam mahkamah setakat ini ialah Ds. Nizar, YB. Lim Kit Siang, Dato' Ngeh, YB. Lee Boon Chye, YB. Khalil, YB. Zainuddin, YB. Chan (Simpang Pulai), YB. Tai (Kuala Sepetang)

* Sekumpulan hampir 50 orang penyokong Pakatan Rakyat sedang mengerjakan sembahyang hajat berjemaah dihadapan mahkamah dengan diimamkan oleh Ust. Nor Azli Musa.

* Nizar Dah Sampai di mahkamah! Takbir!

* Laungan 'Hidup Rakyat dan Bubar DUN' mengiringi ketibaan Ds. Nizar sebentar tadi.
Suasana kecoh apabila provokasi cuba dilakukan oleh remaja berbaju kuning dengan laungan 'Daulat Tuanku'.

* Setakat ini setelah Ds.Nizar masuk ke dalam keadaan masih terkawal.


http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/201002/phpcglLVknizar.jpg


* Orang awam dan media dibenarkan masuk ke kamar, ADUN dan penyokong BN mula memenuhi seat VIP. Hampir kesemua kad masuk diperolehi oleh orang BN. Harap ramai penyokong PR diluar.

Bayangkan sebesar ruang lobi Mahkamah yang boleh memuatkan 1,000 orang tidak dibenarkan orang lebih ramai masuk.




terima kasih kepada wak albanjari
dan team perak ekspress dan cina islam



Terima Kasih kerana sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

1 comment

Unknown said...

Allah tetap memehak kepada yang benar

Powered by Blogger.