Kekal Dalam Parti Atau DiTendang Keluar ?
Oleh IZMAS
SEBAGAI individu Melayu dan muslim, mungkin banyak pihak bersetuju bahawa YB Zulkifli Noordin, Ahli Patlimen (AP) dari PKR Kulim Bandar Baru telah menunjukkan prinsip hidup yang tegas, berani dan konsisten dalam menghadapi isu-isu yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan agama Islam.
Pada awal tahun 2008, beliau pernah mengambil pendirian keras menentang Forum Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial anjuran Majlis Peguam dengan alasan forum itu bermotif menghina dan memperlekeh orang Melayu dan agama Islam.
Menurut beliau, Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial adalah dua perkara besar yang sudah dipersetujui oleh pemimpin semua kaum sejak merdeka berasaskan prinsip Perlembagaan Negara. Katanya, tiada pihak boleh mempertikai dan mempersoal apalagi ‘memforumkan’ dua perkara itu untuk memperlekeh kepimipinan Melayu yang boleh menimbulkan situasi tidak aman dalam negara. Pendirian Zulkifli berlawanan dan bertentangan dengan rakan-rakannya dalam Pakatan yang berdiam diri dan tidak kisah tentang motif Majlis Peguam itu. Pendirian beliau itu mendapat sanjungan dari kalangan orang Melayu dan muslim umumnya termasuk NGO dan parti kerajaan yang menyokong pegangan kuat Islam dan Melayu beliau.
Satu kehebatan watak Zulkifli, beliau tidak peduli apa orang lain kata tentang prinsip dan pendiriannya – termasuk pemimpin tertinggi dari PKR dan Pakatan – asalkan dia dapat menegakkan pegangannya bersandarkan kefahaman dan pengetahuannya mendedah dan mempertahan pendiriannya yang pada fikirannya tidak berlawanan dengan perintah Tuhan dan kehendak perlembagaan negara.
Beliau tidak menarik balik lapuran Polis yang dibuat terhadap YB Shah Alam, Khalid Samad mengenai isu kalimah Allah seperti yang diminta Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menuduih ‘firaun-firaun kecil’ sedang melancarkan agenda tersembunyi mengancam orang Melayu dan perlembagaan negara. Sebelum itu Zulkifli menuduh DAP mengamalkan dasar diskrimanasi politik tidak sihat yang boleh mengancam perpaduan dalam Pakatan.
Banyak pihak berpendapat, ketegasan dan kekentalan prinsip hidup beliau itu sebenarnya sudah berlawanan dengan kehendak umum partinya dan Pakatan yang sepatutnya tidak berlaku sebagai Ahli Yang Berhormat dan AP yang mewakili partinya.
Dalam kes terbaharu beliau yang didedahkan di luar kawalan, banyak pihak khususnya di kalangan penyokong Pakatan berpendapat, beliau sudah melampui batas dan sepatutnya tidak terus mengkritik keras dan membuka pekung parti sendiri. Sebilangan ahli berpendirian supaya beliau segera di kenakan tindakan disiplin tanpa kompromi kerana kelantangan beliau yang keterlaluan. Menurut mereka, Zulkifli sudah melakukan kerosakan yang teruk kepada parti dan Pakatan kerana mendedahkan secara terbuka kepincangan dan keburukan partinya dan parti rakannya PAS serta DAP dalam Pakatan.
Ada suara sinikal yang lebih berani menyarankan Zul sepatutnya meninggalkan PKR jika terus mengkritik dan tidak mengendahkan nasihat ketua partinya dan pemimpin lain dalam Pakatan. Ada penganalisis politik dan penulis blog dengan lantang menyarankan beliau meningglkan PKR dan menyertai Umno kerana kritikan dan pendirian beliau yang sedemikain rupa. Setengah mereka mendakwa, Zul tidak faham konsep ‘berjemaah’ dalam perjuangan parti dan seharusnya akur keputusan kepimpinan tertinggi walaupun tidak selari dengan pendirian peribadinya.
Setengah mereka mengsyurkan beliau mengikut jejak langkah Zaharin keluar parti dan menjadi AP Bebas yang boleh mengkritik siap saja termasuk pemimpin BN dan dasarnya yang bertentangan dengan kepentingan rakyat dan orang Melayu.
Apa guna terus berada dalam parti jika tidak boleh mematuhi peraturan dan disiplin parti? Apa faedahnya kekal dalam parti jika menjadi duri dalam daging – terus menghentam – dan membongkar kelemahan parti kepada umum?
Soalnya, beranikah kepimpinan PKR memecat beliau sebagai ahli dan AP Bandar Baru Kulim? Mengapa beliau begitu berani mengkritik tanpa segan silu yang berlawanan dengan nasihat ketua partinya? Adakah beliau sudah kecewa dengan perjuangan partinya yang tidak sesuai lagi dengan kehendak cita-cita peribadinya? Apakah sebenarnya yang dikehendakki Zul?
Dalam situasi terkini yang sudah melanda Pakatan, pemecatan beliau sebagai ahli dan AP PKR bukanlah jalan keluar yang bijak. Ia boleh menambah buruk situasi yang sudah pun sukar dalam PKR dan Pakatan. Setelah AP Bayan Lepas, Zaharin meningglkan parti, PKR tidak mampu kehilangan lagi seorang Ahli YB seperti Zul yang boleh menambah buruk dan parah kepada kesatuan dan perpaduan dalam PKR.
Pemergian Zul dari parti – dengan perletakan jawatannya - mungkin tidak begitu dirasakan pada permulaannya, tetapi sentimen umum kepada kehilangan beliau boleh menimbulkan kesan buruk mendalam kepada PKR di mata rakyat terutama penyokong Pakatan. PKR sebenarnya tidak mampu kehilangan beberapa APnya lagi dalam situasi yang sulit dan terdesak ini.
Jalan terbaik mungkin dengan memujuk dan mengajak beliau kembali kepada parti dan menunaikan beberapa kehendaknya untuk menyelamatkan keharmonian parti dari terus berpecah dan tidak stabil. Adakah ini dapat dilaksanakan? Apakah PKR mampu membiarkan Zul terus kekal dalam parti tanpa tindakan disipilin dan pada waktu sama membiarkan suara lantang beliau terus mengkritik dan merosakkan parti?
Jika Zul masih menegakkan pendiriannya dan enggan mendengar nasihat ketuanya, beliau seharusnya mengambil keputusan drastik mengikut hatinya - meninggalkan parti. Apa yang berlaku kemudiannya tidak penting lagi kerana situasi sudah berubah walaupun hal itu boleh sedikit sebanyak memberi impak besar kepada keyakinan rakyat dan penyokong Pakatan yang sudah memberi undi kepada beliau sebagai AP yang dipilih bagi mewakilli kawasannya.
Hal ini mungkin tidak diinginkan ahli PKR dan pucuk pimpinannya. Mereka mungkin mahu beliau kekal dalam parti tanpa tindakan disiplin walaupun suaranya masih lantang mengkritik dasar partinya. Zul boleh berada terus dalam parti tetapi mungkin dinasihatkan melembutkan kritikan supaya tidak keterlaluan dan tidak merosakkan parti.
Parti juga boleh bertindak sebaliknya jika Zulkifli masih tidak berubah dan terus menunjukkan kedegilannya. Penyingkiran beliau adalah pilihan jalan terbaik untuk mengawal situasi dan keharmonian PKR dalam Pakatan.
Apapun, beberapa pemerhati berpendapat, bola kini berada di kaki Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat PKR dan Ketua de facto Pakatan yang dikatakan paling layak membuat keputusan tentang kedudukan sebenar Zul; adakah beliau perlu kekal dalam PKR atau ditendang keluar dari parti!
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment
Apa yang ditulis mengenai zul nordin pun hanya orang Kulim Bandar Baharu yang tahu onar dan duri mangkuk ni. Jangan harap dia nak bertanding lagi di sini,cukup lah sekali orang munafik ni menjadi ahli parlimen kami. Dalam masa 2 minggu ni khabarnya nak mmelompat dah. Lagi cepat dapat fulus lagi cepatlah lompatannya. Tapi alasannya mrmpertahankan prinsip dan Islam.... Tengkorak dia........piiirah!!!!
Post a Comment