Kerajaan Pulau Pinang menindas kaum Melayu?
Seramai lima ahli dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya pada kira-kira 8.30 malam tanggal 31 Januari 2010.
Mereka mengatakan kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP kejam dan zalim bagaikan Israel. Oleh kerana itu, mereka rasa terpanggil untuk mewakili kesemua kaum Melayu untuk bangkit dan bersuara.
Faktor yang menimbulkan kemarahan ini adalah disebabkan oleh perobohan beberapa gerai makanan di tepi laut oleh Pejabat Daerah dan Tanah.
Pada masa yang sama, Kerajaan Pulau Pinang yang terdiri dari Exco-exco kerajaan, wakil rakyat dan agensi kerajaan ada mengadakan sessi bersama media.
Timbalan Ketua Menteri 1, YB Mansor Othman, YB Chow Kon Yeow Exco dan Pegawai Daerah Timur Laut menerangkan isu sebenar kepada kesemua! yang hadir termasuk MPPP, PBA, PDC dan ahli media.
No comments
Post a Comment