Kerajaan Selangor Akan Menyiasat Putus Air di Armada Putra, Pulau Indah

Kenyataan Media Ahli Parliamen Klang Charles Santiago di Klang pada 7hb Feb 2010

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berasa kecewa terhadap pemotongan air kali ke-10 di Pangsapuri Armada Putra, Pulau Indah pada minggu yang lepas. Keempat-emplat blok dikatakan berhutang sebanyak RM790,430.48 kepada Syabas, jumlah luarbiasa tinggi ini adalah disebabkan oleh kebocoran paip air selama dua tahun tidak dibaiki.

Melainkan kebocoran air, syarikat pengurusan bangunan menuduh penduduk tidak membuat bayaran air dan penyenggaraan. Namun penduduk berkata mereka tidak harus dipersalahkan kerana mereka tidak pernah menerima bil untuk buat bayaran air dan penyenggaraan dalam 6 tahun yang lepas

Charles telah menyediakan satu mesyuarat antara penduduk dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor merangkap Adun Penyelaras DUN Pelabuhan Klang Nik Nazmi Nik Ahmad dua hari yang lepas.

Nik Nazmi telah menghantar surat kepada Syabas serta merta bahawa Syabas harus menyambung balik air sementara ini sedangkan Kerajaan Selangor akan menyiasat secara terperinci dakwaan salah urus (mismanagement) anak syarikat Kerajaan Selangor iaitu SAP Urus Harta Sdn Bhd dalam perkara ini.

Charles juga berharap agar Syabas menerima saranan ini kerana air merupakan hak asasi rakyat, kerajaan dan syarikat air mempunyai tanggungjawab menjaga hak asasi rakyat terhadap air, syarikat air tidak patut berorientasi keuntungan sahaja.

Beberapa mesyuarat dan perundingan antara syabas, ahli majlis dan pihak berkuasa telah dijalankan sejak November 2009 dan satu jawatankuasa penduduk telah ditubuhkan. Pada Disember 2009, Syabas telah menangguhkan pemotongan air yang dirancangkan selepas campur tangan Charles dan Kerajaan Selangor.

Satu mesyuarat agung tergempar antara semua pemilik rumah dan syarikat pengurusan sekarang ADSB Sdn Bhd telah dianjurkan pada 7hb Dis 2009 untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu ini tetapi tamat dengan tiada keputusan.

Charles Santiago

Ahli Parlimen Klang

016-6267797

Nota : Satu Sidang media oleh Jawatankuasa penduduk armada putra akan diadakan pada 7hb Feb 2010, 1030am di Blok D, pangsapuri Armada putra. Sila hubungi Setiausaha Ahmad Fakri 019-3596215 untuk maklumat lanjutan.

*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.