Kerana Pertahan Iran. Khidmat Duta Tidak Disambung?

KUALA LUMPUR: Malaysia akan melantik duta baru sebagai wakil tetapnya ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna selepas kontrak duta sekarang, Datuk Mohamad Arshad Hussain, tamat bulan depan.

Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay berkata bagaimanapun, keputusan untuk tidak menyambung kontrak dua tahun Mohamad Arshad tidak ada kaitan dengan undi yang dibuat duta itu pada mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di ibu negara Austria itu pada 27 November tahun lepas.

"Ini adalah kerana kontrak beliau sudah tamat dan kami mahu memberi peluang kepada orang baru untuk mengambil alih. Kami sedang dalam proses melantik duta baru. Terdapat prosedur dan syarat tertentu yang kami perlu patuhi sebelum kami mengumumkan duta baru itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mohd Arshad, 58, yang telah berkhidmat sebagai diplomat selama 35 tahun, juga pada masa yang sama adalah duta Malaysia ke Austria.

Pada awal Disember, Kementerian Luar memanggil balik Mohamad Arshad, yang merupakan pengerusi lembaga gabenor IAEA yang dilantik, bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat IAEA bercanggah dengan prosedur kerajaan.

Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama-sama dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program penguraian uranium.

Daripada 35 anggota lembaga gabenor IAEA, 25 negara mengundi menyokong resolusi itu, enam negara tidak mengundi, tiga mengundi tidak menyokong dan satu tidak hadir.

Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.