Ku Li Yang Bodoh Atau Pemuda Umno Yang Bodoh?

Ku Li perbodohkan rakyat Kelantan: Anuar

KOTA BHARU – Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyifatkan apa yang dilakukan bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah pada Program Ceramah Royalti Minyak anjuran Gerakan Menuntut Wang Royalti Rakyat sebagai tidak lebih daripada memperbodohkan rakyat Kelantan.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, Pemuda UMNO negeri yakin tindakan Ku Li yang dianggap bersekongkol dengan Pas bagi menjayakan program itu mempunyai agenda peribadinya tersendiri.

“Apa yang ingin dipersoalkan ialah kenapa baru sekarang Ku Li bangkit untuk memberikan penjelasan kepada rakyat dalam isu yang melibatkan royalti sedangkan beliau mempunyai ruang yang terlalu luas sebagai Ahli Parlimen selama 32 tahun atau semenjak dari 1978 yang lalu.

“Kenapa baru sekarang beliau sedar akan kepentingan rakyat Kelantan. Ini bermakna beliau telah duduk dalam ‘rok’ (hutan) sepanjang tempoh itu seperti mana yang dinafikan oleh beliau,” katanya kepada Sinar harian ketika ditemui di sini, semalam.

Anuar berkata, Pemuda UMNO melihat rakyat Kelantan telah banyak diperbodohkan oleh pemimpin seperti Ku Li lebih-lebih lagi semasa beliau berada di dalam Semangat 46 dan akhirnya menyertai kembali UMNO.

“Sampai bila rakyat akan diperbodohkan lebih-lebih lagi kenyataan beliau yang mahukan Kelantan keluar daripada Malaysia sekiranya pusat tidak memberikan royalti kepada negeri ini tidak boleh sama sekali diterima oleh Pemuda UMNO dan selaku rakyat dalam negeri ini.

“Bagi Pemuda UMNO kenyataan tersebut amat tidak berketepatan sebagai seorang pemimpin lama yang mempunyai banyak pengalaman,” katanya.

Beliau berkata, selaku Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beliau tidak seharusnya duduk bersama-sama dengan pemimpin Pas yang lebih-lebih lagi banyak memperkecilkan dan membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap pimpinan parti.

“Bagi Pemuda UMNO, adalah lebih baik Ku Li melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN dan menyertai Pas atau PKR,” katanya.

Anuar berkata, Pemuda UMNO memandang serius perkara itu lebih-lebih lagi tindakan Ku Li yang dianggap tidak tidak menghormati Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Bagi Pemuda UMNO, royalti atau wang ihsan adalah sama sahaja. Apa yang penting, program dan perlaksanaan akan sampai kepada rakyat termiskin terbanyak yang boleh dibela dengan adanya bantuan lima peratus daripada Kerajaan Pusat ini.

“Bantuan ini nanti akan diagih secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik seperti mana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini melalui lain-lain bantuan seperti KWAMP, tabung bantuan nelayan dan skim bantuan baja pertanian yang telus dan adil,” katanya.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO meminta pihak berkenaan supaya jangan sesekali menuntut hak yang tidak ada dalam perjanjian.

“Pemuda UMNO harap Ku Li menasihati Kerajaan Negeri membuat tuntutan melalui mahkamah supaya ianya lebih jelas kepada rakyat tentang siapa yang lebih berhak untuk melaksanakannya sama ada melalui ihsan atau royalti,” katanya.


dok menyalak la takut projek tak masyuk kahkahkahkahkah..wohhh..wohhhh...

1 comment

azman kamarul said...

Ku Li memang tak cerdik..Pemuda Umno memang cerdik.

Ku Li tak pandai membodek jadi tak kan dapat apa-apa di dalam umno sebab tu Ku Li tak cerdik TETAPI

Pemuda umno memang cerdik, sebab itu mereaka ini kerjanya hanya mengampu dan membodek, manalah tau kalau-kalau nanti dengan bodek yang bagus dapat juga projek-projek kerajaan disedekahkan oleh penguasa-penguasa mereka.

Syabas pemuda umno...perangai kamu inilah yang akan menyebabkan negara ini jadi macam ini...eknomi ke mana, perpaduan ke mana, undang-undang dah jadi macam undang-undang rimba..yang berkuasa terus menang.

Powered by Blogger.