Malaysia Malang Apabila Rosmah Bersedih

PM sedih 1 Malaysia disalahertikan

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) sedih dengan pelbagai tanggapan negatif dilontarkan tentang konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan beliau April tahun lalu.

“Saya sangat sedih idea ini, yang tidak terlalu rumit, kerapkali tidak difahami,” kata beliau dalam ucaptamanya pada Persidangan Ekonomi 1 Malaysia di sini hari ini.

Respons kepada konsep 1 Malaysia adalah pelbagai — ada yang melihatnya secara positif sebagai platform untuk menyatupadukan rakyat Malaysia manakala yang lain mengatakan ia hanya sebagai kosmetik semata-mata.

Sebahagian lain khususnya orang Melayu yang konservatif bimbang ia akan menghakis kuasa politik dan ekonomi mereka disebabkan konsep 1 Malaysia.

Malah konsep ini yang diperkenalkan semasa Najib memulakan teraju kepimpinannya April 2009 juga diuji pelbagai isu. Antaranya demonstrasi dengan membawa kepala lembu di Shah Alam, kalimah “Allah”, serangan ke atas rumah ibadat dan kenyataan menyinggung perasaan oleh pembantu khas Najib sendiri Datuk Nasir Safar minggu lalu.

Meskipun senarai dugaan dan ujian itu, pentadbiran Najib membawa inisiatif-inisiatif dan syor termasuk program transformasi pentadbiran kerajaan, biasiswa untuk pelajar ke luar negara berdasarkan merit, lebih banyak pengambilan bukan Melayu ke dalam perkhidmatan awam dan tekanan ke arah sekolah pelbagai kaum.

“Saya hanya boleh mengingatkan apa yang saya selalu berkata bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai dan akan mempunyai satu bahagian dalam negara ini di bawah 1 Malaysia,” kata beliau yang menerima tepukan gemuruh.

“Tidak harus ada sesiapa pun wajar dipinggirkan,” katanya.

Katanya, konsep 1 Malaysia adalah satu usaha bersama semua komuniti dan kelas untuk mereka sebuah negara yang vibran dan dinamik.



Terima Kasih kerana sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.