Mansor: PKR tidak terjejas jika ada wakil rakyat mahu keluar parti
PULAU PINANG, Feb 3 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang tidak akan terjejas jika ada seorang dua anggotanya mahu keluar daripada parti, kata Pengerusi badan perhubungan parti negeri Mansor Othman.
Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata kedudukan PKR dalam pakatan pembangkang juga tidak akan tergugat dengan tindakan itu.
“Kami tidak akan menangis hanya kerana ada dua orang anggota mahu keluar parti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, ketika mengulas laporan media bahawa terdapat segelintir anggota PKR khususnya di negeri itu berhasrat keluar parti berikutan krisis kepimpinan.
Mengenai gesaan anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng agar PKR mendesak Ketua Menteri ditukar, Mansor berkata saranan itu bukan pendirian parti.
“Keretakan yang berlaku sekarang berpunca daripada seorang dua anggota baru yang hanya menyertai parti pada tahun-tahun kebelakangan ini,” katanya.
Sementara itu Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi menafikan wujud keretakan pada kalangan anggota Exco. “Memang ada berlainan pandangan dan kami bebas bercakap, tetapi tidak ada di antara kami yang berkecil hati selepas keputusan dibuat,” katanya.
Beliau juga menafikan dakwaan bekas anggota DAP Tham Weng Fatt bahawa ada perselisihan antara kalangan anggota Exco dari DAP dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia hari ini memetik Tham sebagai berkata bahawa terdapat keretakan antara Lim dan beberapa anggota Exco seperti Phee Boon Poh, Law Hen Kiang dan Ooi sendiri, dan masalah itu semakin buruk. — Bernama
berpuas hati dengan artikel ini? bantu saya dengan hanya klik di sini

No comments
Post a Comment