Media alternatif dilarang buat liputan kes Anwar

Oleh Fazilah Sahir

KUALA LUMPUR: Seawal 12.00 tengahari, kakitangan media sudah beratur untuk mendapat pas-pas yang terhad di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Keutamaan diberi kepada para wartawan dari media arus perdana walaupun perbicaraan tuduhan "Sodomi II" terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hanya bermula jam 2.30 petang.

Media-media lain mempertikaikan kewajaran pihak polis menyekat media alternatif seperti Suara Keadilan, Harakah, TV Selangor dan beberapa media luar negara lain termasuk media berbahasa Cina dihalang untuk masuk ke mahkamah.

Di anggarkan lebih 10 media dihalang masuk disebabkan kuota yang tidak masuk akal itu.

Pada jam 1.30 tengahari keadaan diperkarangan mahkamah masih baik.

Namun tindakan polis yang menghalang jurugambar mengambil sebarang gambar dalam mahkamah. Mereka hanya dibenarkan membuat liputan di tangga perkarangan mahkamah.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan bekas presiden Gerak, Nazree dihalang masuk ke perkarangan mahkamah oleh polis dengan alasan bahawa mereka membawa kain rentang yang dilipat.

Kedua-dua pihak bertelagah namun Tian Chua, Nazree dan beberapa para penyokong KEADILAN tetap dilarang masuk. Seminit kemudian Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua AMK KEADILAN Shamsul Iskandar Md Akin hadir di mahkamah.

Tetap jam 2.30 petang, kehadiran Anwar mendapat laungan semangat daripada para penyokong yang hadir. Setelah Anwar masuk ke dalam mahkamah, polis tetap dengan angkuh, menghalang Tian Chua, Nazree dan beberapa penyokong.

Laungan diperkarangan mahkamah bergema dengan para penyokong Anwar melaungkan slogan ‘Reformasi’, ‘hidup, hidup, hidup rakyat’, ‘keadilan’.

Kelihatan para penyokong mengangkat sepanduk bertajuk "Perhimpunan Bantah Fitnah Kedua" dan beberapa jurugambar dihalang untuk mengambil gambar para penyokong tersebut.


berpuas hati dengan artikel ini?sokong dan bantu lah saya dengan hanya klik di sini

No comments

Powered by Blogger.