Melayu?Bongok? Sekarang Ke Baru Nak Sedar Melayu Tuan Tanah?
Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.
Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq - gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.
Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.
Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.
Enam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim (kanan), menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.
Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.
Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".
Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.
Selepas solat Jumaat, kira-kira 300 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng.
Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.
Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.malaysiakini
Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.
bagusla kalau dah sedar. baru nak mengamuk?baru nak buka mata?baru nak reti?dulu zaman Gerakan Hang pa dok wat apa?jadi bodoh?jadi dungu?melayu?melayu? malu ada melayu yang macam ni? cara bodoh dan tak reti menilai!
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.
1 comment
Semasa Gerakan pegang Penang dulu pun orang melayu sudah terpinggir. Rumah dan kondo2 mewah naik dimana2, yang rata2 harganya tidak boleh dihidu oleh orang2 melayu. Ramai juga telah lari ke S.Perai. Mana dia orang2 ini semua yang kononnya membela melayu. Ada suatu ketika apabila jumlah MP melayu melebihi bangsa2 lain, kenapa tidak ditukar saja KM kepada orang melayu ?. Lebih 50 tahun Gerakan pegang Penang dan orang melayu tetap masih melarat, mana dia Ibrahim Ali dan orang ini semua ?
Post a Comment