Nik Aziz jamin mampu urus sendiri wang royalti atau ihsan

KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi jaminan sebarang wang pemberian daripada Kerajaan Pusat sama ada wang royalti atau ihsan tidak akan disalahgunakan dan sampai kepada rakyat jika disalurkan terus kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, pengalaman mentadbir Kelantan kira-kira 20 tahun membuktikan kerajaan negeri pimpinan Pas tidak menyeleweng atau menyalahgunakan wang yang diperuntukkan bagi kepentingan rakyat.

"Kami boleh mengurus dan mentadbir sendiri wang daripada Kerajaan Pusat itu, walaupun tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini.

Nik Aziz berkata, demikian mengulas mengenai cadangan Kerajaan Pusat untuk menyalurkan wang ihsan melalui JPP dan tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri itu kerana dikhuatiri tidak sampai ke matlamat asal untuk kepentingan rakyat.

"Sepanjang 20 tahun mentadbir negeri ini, pegawai kami amanah, tidak rasuah dan inilah yang ditarbiahkan supaya menjadi manusia yang beriman dan bertakwa,"katanya.-Bernama

*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.