Pegawai Khas PM akan letak jawatan

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan meletakkan jawatannya itu berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam ini berkata, kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir “dalam keadaan apa cara sekalipun tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri.”

"Datuk Nasir tidak ada niat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menghina. Beliau bercakap secara panjang lebar mengenai sumbangan oleh semua kaum dalam membangunkan negara.

"Oleh yang demikian, Nasir memohon maaf jika kenyataannya itu telah menyinggung mana-mana pihak.

"Sehubungan ini, Datuk Nasir akan meletakkan jawatannya,” menurut kenyataan tiga perenggan itu. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.