Pemuda Bn: Apabila Beruk Gigit Tuan

Pemuda komponen BN mahu Nasir ditahan bawah ISA

Oleh Syed Jaymal Zahiid


KUALA LUMPUR, Fed 3 — Pemimpin-pemimpin dari tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) mahu Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman semalam.

Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan yang bercakap bagi pihak MCA dan Gerakan berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasir adalah bahaya dan mirip tindakan menyerang rumah-rumah ibadat baru-baru ini.

“Keputusan beliau mahu melepaskan jawatannya tidak cukup memandangkan ini adalah isu yang amat sensitif. Kami mahu Kementerian Dalam Negeri menahan beliau di bawah ISA,” katanya.

Beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataan seumpama itu, Nasir menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri, dikatakan telah memutuskan untuk meletakkan jawatan.

Dalam kenyataannya semalam Nasir didakwa menggambarkan “orang India datang ke Malaysia sebagai pengemis dan orang Cina khususnya wanita datang untuk menjual badan mereka” pada seminar Rapat 1Malaysia di Melaka, sekali gus dilihat menjejaskan matlamat gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.

Justeru pemimpin-pemimin Pemuda BN percaya usaha dibawa Najib untuk mendapatkan semula sokongan bukan Melayu akan terjejas ekoran kenyataan Nasir itu.

“Kita bekerja keras untuk mendapatkan sokongan tetapi disebabkan orang macam ini, usaha-usaha kita boleh terjejas dan memberi kesan ke atas arah aliran sokongan (bukan Melayu),” katanya.

Mugilan menambah tindakan menahan Nasir di bawah undnag-undang penahanan tanpa perbicaraan akan menjadi satu teladan dan mampu mengelakkan kenyataan-kenyataan berunsur perkauman daripada kalangan pemimpin kerajaan.

Pemimpin Pemuda MCA dan ketua strategik Pemuda BN Neil Khoo pula memberitahu penahanan beliau akan dilihat boleh mengelakkan elemen-elemen rasis dalam ikatan BN.

Soal beliau, jika Nasir mempunyai pandangan sedemikian berapa ramai lagi yang membawa sealiran macam itu.

Dua tahun lalu Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail membuat kenyataan sedemikian dengan melabelkan orang Cina negara ini sebagai “pendatang”.

Umno menggantung jawatannya selama tiga tahun tetapi baru-baru ini telah dibatalkan hukumannya.

Dalam pada itu, Setiausaha Pemuda MIC C Sivarajh berkata, mereka akan membuat laporan polis kemudian.

berpuas hati dengan artikel ini? bantu saya dengan hanya klik di sini

No comments

Powered by Blogger.