Pengarang media arus perdana terima anugerah

Enam pengamal media adalah antara 240 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2010 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya dianugerah darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran "Datuk".

Ketua Pengarang The Malay Mail Ahirudin Attan (kiri) atau lebih dikenali sebagai blogger Rocky Bru dan Pengarang Kumpulan Harian Metro Mustapa Omar turut dianugerah PMW.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Zulkefli Salleh dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima Shaharudin Abd Latif menerima darjah kebesaran Johan Mangku Wilayah (JMW).

Pengarang Kumpulan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) Mohd Ashraf Abdullah pula dianugerahkan darjah kebesaran Kesatria Mahkota Wilayah (KMW).

Pemangku Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan darjah kebesaran itu pada majlis yang berlangsung di Balairong Seri.

- Bernama

No comments

Powered by Blogger.