Penyokong Anwar caci Saiful ketika lawat kondominium

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mencaci Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika beliau tiba di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, di sini bersama rombongan perbicaraan kes liwat tengah hari tadi.

Mereka yang kebanyakkan adalah wanita, menjerit pelbagai perkataan kesat kepada Saiful ketika beliau mengikuti hakim, peguamnya dan peguambela Anwar menuju ke kondominium itu.
Rombongan perbicaraan berada di sana untuk melawat tempat kejadian di mana perbuatan liwat itu dilakukan selepas Saiful menyambung keterangan secara tertutup di mahkamah pagi tadi.

Anwar yang turut berada di sana tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan dijalankan selepas 18 bulan Anwar dihadapkan dengan tuduhan itu. - Bharian

berpuas hati dengan artikel ini?sokong dan bantu lah saya dengan hanya klik di sini

No comments

Powered by Blogger.