Perbicaraan Tidak Halang Tugas Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor

http://suara-keadilan.com/system_files/lib/imgresize?src=system_files/templates/default/pic/publications/thumb/20100215224008_anwar_pe.PNG&h=120&w=160&zc=1
Perbicaraan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjejaskan tanggungjawabnya sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Datuk Seri Anwar akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf ekonomi dan dasar kebajikan dan beliau percaya perbicaraan yang melibatkan tuduhan palsu tidak akan memberi kesan kepada kerjasama ini.

"Kami menerima komen dari rakyat Selangor bahawa kes tersebut adalah satu jenaka. Kerajaan Negeri menghargai segala idea dan usaha yang diberikan oleh Saudara Anwar. Kami juga akan terus bekerjasama terutama dalam meningkatkan pelaburan asing ke Selangor," kata Menteri Besar.

Minggu lalu, Tan Sri Khalid telah mengadakan satu mesyuarat bersama Datuk Seri Anwar berkenaan penstrukturan semula industri air di Selangor dimana mereka telah diberi taklimat mengenai perbincangan terbaru di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Mesyuarat itu membincangkan, antara lain, cara untuk mengatasi masalah kebuntuan dalam perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan akibat perbezaan pandangan segi penilaian dan syarat-syarat komersil yang dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya dan Menteri Besar sekata dalam pandangan bahawa adalah amat perlu untuk Selangor menyatukan perkhidmatan air demi menjaga kepentingan rakyat Selangor. Harta dan operasi air perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri dan penilaian harta yang dibuat perlulah adil kepada rakyat," komen Anwar selepas mesyuarat tersebut.

Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada Menteri Besar dan pasukannya kerana bekerja keras dalam menjaga kepentingan rakyat Selangor selari dengan program “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.suara keadilan

Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.