Perjuangan Pakatan rakyat bukan kerana Anwar tetapi kerana rakyat semua

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP sejak dari dulu lagi menitik beratkan akan hak rakyat Malaysia. Semua dasar perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat tertumpu untuk keadilan dan kebajikan rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, ternafilah beberapa pihak tertentu kononnya tertubuhnya Pakatan Rakyat ini kerana Sdr Anwar Ibrahim dan perjuangan PR melingkari Sdr Anwar semata-mata.

Pakatan Rakyat dilihat kesinambungan daripada Barisan Alternatif yang diusahakan oleh Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor, bekas Presiden PAS tidak lama dahulu.

Beliau merasakan perjuangan untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan kebajikan rakyat Malaysia perlulah digerakkan keseluruhan jentera masyarakat. Dengan itu, maka PAS, KeADILan (PKR) , DAP duduk semeja untuk mencari formula membawa satu dimensi perjuangan rakyat.

Objektif utama Pakatan ini ialah untuk memperjuangkan hak rakyat keseluruhan untuk menjatuhkan kezaliman Umno-BN.

Yang terkini, dalam satu program yang dianjurkan oleh Pakatan di Perak malam tadi sempena ulangtahun pertama rampasan kuasa BN di Perak. Anwar menyatakan kepada kira-kira 2,000 orang hadirin bahawa kedudukan Pakatan Rakyat tiada kaitan samada beliau didapati bersalah atau tidak dalam kes tuduhan liwatnya.

Bermakna, Pakatan Rakyat bukan berdiri kerana Anwar tetapi kerana kebangkitan rakyat yang inginkan bangkit daripada ditindas oleh kezaliman kerajaan Umno-BN.

Anwar percaya Umno tersalah tanggapan bahawa dengan mengeluarkannya dari arena politik, Pakatan akan tumbang.

Pakatan mempunyai ramai pemimpin hebat yang boleh diketengahkan yang terdiri daripada PAS, PKr dan DAP. Semuanya berkaliber yang bakal menjadi ketua PR jika diberi pilihan untuk memerintah oleh rakyat. Sdr Anwar hanya sebahagian daripada Pakatan Rakyat.

*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.