RAKYAT KELANTAN BERSATU MENUNTUT DIKEMBALIKAN ROYALTI DAN MENOLAK WANG IHSAN
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) adalah badan NGO yang menggabungkan lebih 50 NGO yang berdaftar, ditubuhkan dengan matlamat untuk menuntut Kerajaan Persekutuan membayar royalti petroleum kepada kerajaan-kerajaan negeri bagi negeri yang daripada buminya telah dikeluarkan petroleum seperti mana perjanjian royalti antara PETRONAS dengan Kerajaan-kerajaan negeri.
Oleh kerana usaha ini adalah untuk kepentingan semua rakyat, GEGAR menghargai setiap sokongan daripada setiap individu dan kumpulan tanpa mengira kaum, agama, negeri, kedudukan dan parti politik. Malahan, GEGAR akan terus menggemblengkan usaha dan sokongan padu seluruh rakyat terhadap hak rakyat yang tidak boleh dinafikan lagi. Gerakan ini adalah untuk kebajikan, kemakmuran dan kemajuan rakyat.
Berhubung dengan Ceramah Perdana Royalti dan Himpunan Raksasa rakyat menuntut royalti petroleum di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu pada minggu lalu, pihak GEGAR ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh rakyat yang hadir termasuk yang sanggup pulang ke Kelantan dari jauh. Ternyata, rakyat Kelantan bersatu untuk menuntut royalti ini.
Secara khusus, GEGAR ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah di atas kehadiran beliau memberi penjelasan sebenar kepada rakyat selaku orang yang terlibat secara langsung dalam perjanjian royalti tahun 1975.
Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu istimewa pada majlis tersebut iaitu YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan, ahli-ahli Yang Berhormat serta pimpinan-pimpinan parti politik dan NGO.
GEGAR juga mengucapkan terima kasih kepada semua agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, anggota-anggota keselamatan, badan-badan bukan kerajaan dan orang perseorangan yang membantu melicinkan perjalanan majlis ceramah perdana dan himpunan raksasa rakyat tersebut.
Hasil daripada penjelasan YBM Tengku Razaleigh yang autentik dan tepat, jelas sekali kerajaan dan rakyat Kelantan adalah berhak kepada royalti. Rakyat telah dapat melihat semula perkara yang telah dirundingkan lebih 30 tahun yang lalu ini. GEGAR ingin mengingatkan semua pihak agar bersikap terbuka dalam menerima fakta yang jelas. GEGAR juga mengharapkan agar setiap pihak berlaku jujur dan amanah serta tidak menyelewengkan fakta dan maklumat kerana amanah adalah tuntutan iman dan diin.
GEGAR menyeru semua pihak agar menghormati penjelasan Pengerusi PETRONAS yang pertama yang terbabit secara langsung dalam perjanjian tahun 1975. GEGAR menganggap kecaman dan sindiran pihak tertentu terhadap YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah adalah amat tidak wajar kerana majlis tersebut adalah majlis penjelasan sebenar kepada rakyat.
GEGAR juga ingin menyatakan kekesalan dengan kenyataan berterusan YB Dato’ Mustapha Mohamed dan Dato’ Dr Awang Adek Hussein selaku anak kelantan yang menidakkan pemberian wang royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Bagi GEGAR, kedua-dua pemimpin ini seharusnya bersama-sama YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menyokong tuntutan royalti untuk Kelantan berdasarkan fakta demi untuk kepentingan rakyat Kelantan.
Justeru itu, bagi menunjukkan keprihatinan dan komitmen seluruh rakyat kepada tuntutan royalti ini, GEGAR merayu dan memohon seluruh rakyat dan anak Kelantan di mana sekalipun mereka berada untuk;
1) MENGIBARKAN BENDERA NEGERI KELANTAN di kereta, premis kediaman dan tempat yang sesuai sebagai tanda sokongan kepada kedaulatan Persekutuan Malaysia di mana Kelantan adalah salah sebuah negeri yang mendokong Persekutuan. Juga, sebagai tanda sokongan terhadap hak negeri Kelantan – kerajaan dan rakyatnya dalam hal menuntut royalti petroleum yang telah dijanjikan menurut lunas-lunas undang-undang dan semangat Persekutuan tersebut.
2) Terus memberi sokongan terhadap sebarang usaha yang baik untuk memberi kesedaran rakyat dan meningkatkan perasaan bertanggungjawab untuk menyumbang dan membantu bagi memajukan rakyat negeri Kelantan sebagai negeri yang aman, sejahtera dan maju dalam ekonomi, sosial dan politik agar duniawi kita wibawa, dan akhirat kita selamat.
GEGAR mengajak semua pemimpin dan penggerak politik tanpa mengira parti, pemimpin masyarakat, ulama dan cendekiawan, sasterawan, budayawan, pentadbir, petani, peniaga, peraih serta seluruh warga masyarakat untuk menuntut dan mempertahankan hak royalti minyak dan masa depan seluruh rakyat dan negeri Kelantan demi kebaikan rakyat dan generasi. Kepada rakyat, sokongan seumpama ini amat besar maknanya.
Akhirnya GEGAR menuntut agar pihak yang bertanggungjawab iaitu PETRONAS dan Kerajaan Persekutuan menghormati semangat Persekutuan dan setiap perjanjian yang telah termeterai antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan semangat Persekutuan yang memberi hak dan keadilan kepada semua rakyat. Kepada Allah kita berserah dan kepada-Nya kita memohon pertolongan dan petunjuk dalam setiap urusan.
Yang benar,
Dr Abdul Halim Bin Yusof
Mohamad Fauzi Bin Abu Samah
Pengerusi Bersama
Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat
Kota Bharu
4 Februari 2010
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment