Ronnie Lantik 3 Pegawai Perbaiki Pengurusan Kewangannya

SHAH ALAM, 1 Feb - Bertindak pantas di atas teguran yang diterimannya, Adun Pandamaran Ronnie Liu Tian Khiew melantik tiga pegawai baharu untuk membantu mengurus dan mengawal perbelanjaan peruntukan kerajaan negeri.

Dalam masa yang sama, sebuah akaun bank bersama antara Ronnie dan tiga penandatangan dibuka atas nama Pusat Khidmat Masyarakat Pandamaran N47 baru memastikan tiada penyelewengan.

Ronnie berkata amalan memasukkan peruntukan terus ke akaun bank-bank Adun yang dibudayakan Umno-BN terbukti berbahaya kepada integriti wakil rakyat.

“Saya rasa cara baru yang saya gunakan ada kebaikan sebab sekarang sudah 3 PA dan akaun pun bukan individu, akaun sekarang Pusat Khidmat Masyarakat, saya sendiri terus akan menyemak juga walaupun saya bukan penandatangan, saya tak mahu jadi penandatangan kerana saya tak mahu orang kata wang itu masuk akaun saya lepas itu saya gunakan itu dan sebagainya”, jelasnya yang ditemui selepas Pendengaran Awam Selcat di Bangunan Annex hari ini. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAI

No comments

Powered by Blogger.