Royalti: Nik Aziz doa lagi minta pusat ‘buka hati’
Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, Feb 5 — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) terus membidas kerajaan pusat yang seringkali menyebut akan membayar wang ihsan kepada rakyat sebagai berbohong.
Semasa menyampaikan kuliah mingguannya pagi ini beliau sekali lagi menyeru rakyat Kelantan berdoa agar kerajaan pusat terbuka pintu hati untuk membayar wang royalti yang disalurkan terus kepada kerajaan negeri.
“Hei... kerajaan Kuala Lumpur, mu kena reti, mu fikir kalau mu bui (bagi) duit itu kat aku (kerajaan negeri), mu ingat aku masuk poket aku? Aku akan bagi pada rakyat juga.
“Kecek (cakap) ni jangan duk berbelit gitu, buat orang tambah benci pada mu cakap bohong,” kata Nik Aziz menyentuh isu tuntutan royalti minyak Kelantan.
Pertikaian itu malah menjadi lebih panas apabila kerajaan pusat menyatakan akan menyalurkan wang tersebut melalui Jabatan pembangunan Persekutuan (JPP).
Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis kuliahnya Nik Aziz yakin kerajaan Kelantan mampu menguruskan wang tersebut secara adil dan telus kepada rakyat.
“Hampir 20 tahun saya pegang Kelantan, tidak ada sebarang kes saya salah guna duit kerajaan.
“Dan selama 20 tahun itu jugalah bukti pegawai saya begitu sekali setia, amanah dalam menjaga dana kerajaan, tidak ada tuduhan rasuah dan sebagainya yang mengkorupsikan wang kerajaan.
“Jadi oleh yang demikian bila mari duit petrol ini saya akan lakukan dengan telus dan adil kepada rakyat. Rakyat Kelantan terletak di bawah tanggungjawab saya. Kita orang Islam ini kena ingat hidup kita ada dosa pahala.
“Insya-Allah akan sampai pada rakyat jika duit itu disalurkan terus kepada rakyat. Kerajaan negeri yang teguh dengan dasarnya Membangun Bersama Islam sama-sekali tidak akan terpengaruh dengan prinsip kebangsaan atau nasionalis,” katanya.
Ditanya kenyataannya PAS akan bincang isu agama dengan Umno, beliau menjelaskan maksud sebenar bahawa kalau dengan Kristian PAS boleh bincang isu penggunaan kalimah Allah, sebaliknya kenapa tidak boleh bincang situasi atau polemik berterusan antara PAS dengan Umno.
“Saya pernah tanya kenapa Umno tolak Islam? Kenapa Umno lawan PAS sedangkan PAS terang-terang bawa Islam,” tanya Nik Aziz.
Menjawab bentuk perbincangan yang dikira paling praktikal, Nik Aziz sedia menerima apa saja bentuk asalkan ia dapat menghasilkan natijah yang baik kepada semua masyarakat.
Malah bagi Nik Aziz, siri perbincangan seumpama ini akan dilihat lebih baik daripada konsep kerajaan perpaduan yang diperkatakan sebelum ini.
Semalam, semasa merasmikan majlis penutup forum Pemakaian Kalimah Allah di sini Nik Aziz dilapor berkata PAS sedia berbincang isu-isu agama dengan Umno.
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment