Saranan Ulama Kepada Najib

Sebagai PM, Najib berhak menyaran. Mari kita baca saranan Najib kepada ulama. Baca saranan tersebut di bawah sekali.

1. Ulama perlu tuntas dalam mendalami pengetian terminologi politik antarabangsa dan nasional.

2. Ulama wajar menjadi warga dunia dan hampir dengan sumber terkini.

3. Ulama perlu menguasai kaedah berkomunikasi secara bestari dan mutakhir.

4. Ulama harus proaktif dalam mengukuhkan budaya murni dalam semua lapangan hidup.

5. Ulama perlu konsisten mempersiapkan diri dengan perkembangan semasa dan tekun mengaji.

6. Ulama perlu memahami betul-betul sesuatu perkara yang baru timbul.

Demikian sebahagian sedutan saranan Najib kepada para ulama. Tentunya kepada para mufti, timbalan mufti dan pegawai-pegawai tinggi agama secara khusus.

Adakah para ulama sebelum ini tidak mengetahui perkara yang disaran Najib itu? Saya yakin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu.

Kepada yang sudah tahu, saranan itu biasa sahaja. Namun, buat yang belum tahu tentulah saranan itu istimewa benar buat mereka.

Saya percaya juga para ulama, samada yang sudah tahu atau belum tahu tidak punya masalah untuk menyambut baik saranan itu. Apatah lagi apabila saranan itu datang dari ketua sebuah negara 1 Ummah, slogan baru selepas 1 Malaysia dan macam-macam 1 lagi.

Namun, sangat diharapkan supaya para ulama juga perlu tampil ke hadapan Najib dan mengemukakan saranan juga kepadanya supaya Najib tidak terasa dia sahaja yang berhak menyaran. Di samping menyaran Najib juga perlu menerima saranan orang lain.

Ulama pula perlu sarankan kepada Najib perkara-perkara berikut:

1. Bicarakan Anwar di mahkamah syariah dengan kes Qazaf.

2. Kembalikan hak rakyat Kelantan iaitu royalti.

3. Patuhilah fatwa mufti dalam kes meletak kalungan bunga di Tugu Negara, misalnya.

4. Layanilah kerajaan negeri yang tidak diperintah oleh BN dengan adil.

5. Jangan perkudakan institusi awam seperti SPR dan SPRM.

6. Terimalah Islam semuanya, jangan terima separuh-separuh.

7. Bersihkan dirinya daripada ‘label-label’ yang boleh menjejaskan imejnya sebagai ketua negara.

Najib jangan hanya pandai menyaran tetapi tidak pandai menerima saranan. Demikian dengan para mufti pula, jangan hanya akur untuk menerima saranan tetapi mesti juga berani menyaran. Sekali-sekala perlu juga berani menggeleng dan jangan hanya mengangguk sahaja. credit – kelab greenboc


*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.