Saya Tak Akan Keluar PKR - Zulkifili Nordin

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan khabar angin kononnya beliau sedia meninggalkan parti itu pada bila-bila masa.

Beliau juga menyifatkan cakap-cakap itu sengaja disebarkan oleh pihak tertentu yang digelarnya sebagai 'firaun-firaun kecil' untuk memberi tekanan kepadanya agar meninggalkan parti itu dengan segera.

"Mana ada saya nak letak jawatan, saya pun tahu ada yang kata saya dah bersedia letak jawatan bila-bila masa.

"Dan saya juga tahu ini adalah kerja 'firaun-firaun kecil' ini," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Zulkifli berkata demikian sebagai mengulas laporan beliau beliau sudah menghnatar notis untuk keluar dari parti.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen kontroversi itu sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk kekal bersama PKR namun akan tetap memberikan kritikan demi kepentingan parti.

"Saya masih sayangkan parti, pendirian saya buat masa ini adalah untuk kekal dalam PKR.

"Saya tak akan terpedaya dalam mainan politik 'firaun-firaun kecil' ini," katanya.

Ditanya siapakah 'firaun-firaun kecil' yang dimaksudkannya itu, beliau berkata: "Belum masanya lagi untuk saya dedahkan siapa mereka itu.

"Tunggulah sampai masanya nanti... kalau dedah sekarang 'cerita' ini tak menarik," katanya sinis.

Zulkifli kini berhadapan dengan siasatan lembaga disiplin PKR kerana kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum menerima surat daripada parti berhubung perkara berkenaan.

"Saya belum terima surat lagi, tapi saya dah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung, YB (Yang Berhormat) Saifuddin (Nasution) berhubung perkara itu," katanya.

Selain Zulkifli, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng turut dikaitkan dalam khabar angin yang mengakatakan telah bersedia dan hanya menunggu masa untuk meninggalkan PKR.

Bagaimanapun beliau gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai khabar angin berkenaan.

berpuas hati dengan artikel ini? bantu saya dengan hanya klik di sini

No comments

Powered by Blogger.