Sebutan semula kes PKFZ pada 26 Mac
KLANG, 4 Feb - Mahkamah Sesyen Klang hari ini menetapkan 26 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula perbicaraan tiga orang yang didakwa membuat tuntutan palsu berjuta ringgit dalam projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Tiga tertuduh dalam kes itu terdiri Law Jenn Dong, 51, bekas pengurus projek Kuala Dimensi Sdn Bhd iaitu syarikat kontraktor pembinaan PKFZ, Steven Abok, 51, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi, dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 48, dari BTA Architect yang merupakan perunding PKFZ.
Hakim Datuk Anita Harun menetapkan tarikh itu ekoran permohonan peguam Tan Hock Chuan, yang mewakili Law dan Abok, dengan alasan beliau memerlukan sedikit masa untuk membuat persiapan pembelaan kes anak guamnya memandangkan dokumen-dokumen yang diperlukan baru diserahkan pagi tadi oleh pihak pendakwaan kepadanya dan juga kepada peguam Datuk V.Sithambaram, yang mewakili Tan.
Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup berkata pihaknya tidak ada masalah dengan tarikh yang dipohon itu.
Pada 10 Disember lepas, Abok dan Tan didakwa menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), pemilik PKFZ, membabitkan tuntutan berjumlah RM5.42 juta.
Pada hari yang sama Tan dan Law didakwa membuat 24 tuntutan palsu kepada LPK bernilai RM116.85 juta tetapi Law tidak hadir di mahkamah pada hari itu.
Bagaimanapun, Law didakwa pada 14 Disember lepas di Mahkamah Sesyen di sini kerana dituduh menipu LPK bersama Tan melibatkan tuntutan lebih RM116.85 juta.
Projek PKFZ yang dibina di tapak seluas 400 hektar berhampiran Pelabuhan Barat, Pulau Indah, sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.
terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini.sokong dan bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment