Selangor imbang pembangunan negeri dan rohani rakyat
SHAH ALAM, 24 Feb - Kerajaan Selangor melangkah setapak lagi dalam usaha mengimbangi pembangunan infrastruktur dan rohani rakyatnya agar tidak terus tenggelam dalam arus pemodenan negeri dengan menubuhkan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor.
Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Hassan Mohamed Ali berkata, penubuhan perbadanan itu diharap dapat membuka ruang kepada rakyat Selangor untuk mendapat kehidupan yang lebih lengkap dengan imbangan intrinsik (dalaman) dan ekstrinsik (luaran) mereka.
Katanya perbadanan yang dilancarkan 1 Julai lepas juga merupakan salah satu lembang kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
“Sebagai Exco Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, saya akan menggunakan sepenuhnya bagi menutup kelonggaran-kelonggaran bagi menutup tunggakan-tunggakan yang tidak diberi perhatian yang lepas-lepas (pemerintah terdahulu) dan akhirnya tertunggak-tertunggak…
“Tetapi tunggakan yang menamakan tunggakan intrinsik (dalaman) agak sukar untuk dibangunkan, agak sukar untuk diberikan jawaban. Sebab itu Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor yang dilancarkan 1 Julai lepas dengan perkenan Istana pada 24 April ini kita akan buatkan perasmian gilang gemilang penubuhan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan program Bicara Tokoh anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor, di Muzium Selangor hari ini yang menampilkan Pengkaji Seni Budaya Warisan Melayu, Prof Dr Siti Zainon Ismail.
Hassan turut menyatakan keyakinan bahawa penubuhan perbadanan ini mampu memberi kesan langsung terhadap perkembangan kerohanian rakyat bagi melahirkan insan berjaya.
Sementara itu, Siti Zainon berkata, kewujudan perbadanan ini diharap dapat melahirkan masyarakat yang cintakan seni warisan.
“Tapi kami rindukan satu situasi khususnya masyarakat di Selangor ini, dapat menghayati menghargai dunia seni bukan untuk keuntungan peribadi tetapi untuk jiwa dia, mengembangkan daya fikir untuk masa depan negeri kerana kita tidak mahu karya kita dibeli dan dibawa ke luar negeri. Di Selangor kita harap Perbadanan ini ada seni lukis, sastera dan dipamerkan menjadi milik bangsa kita,”katanya.
Ingin membantu dan berkongsi usaha menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca artikel. Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'!

No comments
Post a Comment