Selangor tarik pelaburan RM6 bilion
SHAH ALAM, 24 Feb - Selangor berjaya menarik pelaburan RM6 bilion setakat ini, sekali gus menidakkan ramalan Umno-Barisan Nasional, kononnya negeri iti tidak lagi akan menerima pelaburan asing kerana di tadbir oleh parti pembangkang.
khalid-majlis4Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat berjaya menunjukkan kebolehannya menguruskan Selangor dan sekali gus memperhebatkan usaha membela golongan yang terpinggir selama ini.
“Kita telah dapat menunjukkan keupayaan dari segi pengurusan pertama pada ramai pemerhat-pemerhati yang mengatakan bahawa apabila pakatan rakyat memerintah selangor sudah tentulah dapat kekurangan pelaburan yang akan datang ke negeri selangor tetapi untuk pengethaun tuan puan semua negeri selangor walaupun dalam keadaan ekonomi yang meleset telah dapat menarik pelaburan lebih daripada RM6000juta,”katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian pada majlis Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di Shah Alam.
Majlis ini mengumpulkan kira-kira 300 rakyat pelbagai lapisan yang dibela oleh kerajaan menerusi program-program kebajikan dan sosial sejak dua tahun lalu.
Sehingga sekarang, kerajaan negeri Selangor membelanjakan hampir RM50 juta untuk membantu lebih 15,000 orang.
Melalui program merakyatkan ekonomi itu, pelbagai skim bantuan dan insentif bertujuan membela dan mensejahterakan rakyat Selangor dilaksanakan secara berperingkat.
“Jadi apabila ekonomi berkembang pelaburan bertambah sudah tentu pendapatan negeri akan bertambah dan dengan cara itu program merakyatkan ekonomi akan kita perhebatkan,”katanya.
Ingin membantu dan berkongsi usaha menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca artikel. Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'!

No comments
Post a Comment