SELENA TAY: Awas, bermacam 'game' sedang dilakonkan BN

Selena Tay


Pada masa ini terdapat beberapa jenis game yang sedang dimainkan serentak oleh BN. Diantaranya ialah:-

1) 'Game lakonan/Acting game':
Disini watak utama ialah seorang lelaki muda bernama Saiful yang berlakon dalam filem berjudul Liwat Bab 2. Walaupun lakonannya tidak memuaskan langsung, penulis berpendapat mungkin beliau akan berjaya meraih anugerah pelakon terbaik dari pihak BN.

Dalam skrip baru ini yang telah ditiru dari skrip lama, Saiful telah membuat tuduhan bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, ketua pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada masa kejadian tersebut dalam tahun 2008, Anwar pun sudah berumur 60 tahun lebih dan adalah sukar untuk dipercayai bahawa seorang lelaki muda yang berumur 20 tahun lebih seperti Saiful tidak mampu melepaskan satu tumbukan yang hebat untuk menjatuhkan Anwar jika diserang oleh Anwar seperti yang diceritakan olehnya di Mahkamah. Takkan Saiful begitu taufoo sekali sehingga tidak boleh berlawan dengan Anwar yang juga mempunyai backache sejak dipenjarakan atas tuduhan korupsi dulu yang merupakan fitnah juga.

Tuduhan liwat ini memang mustahil dipercayai oleh orang yang berfikiran waras dan logik.

2) 'Game agen/Agents’ game':
Game ini sedang dimainkan di Pulau Pinang dimana 2 orang dari PKR iaitu Zahrain dan Tan Tee Beng dengan tiba-tiba buat serangan mengejut keatas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Zahrain telah membuat kenyataan bahawa Lim adalah seorang ‘dictator, chauvinist and communist-minded’ sementara Tan pula telah membuat kenyataan bahawa ‘Lim is a leader of no class’.

Menurut Lim, kedua-dua orang ini telah merajuk sebab mereka ataupun saudara mereka tidak berjaya mendapat kontrak. Jika benar, maka mereka menyertai PKR untuk mendapat habuan sahaja. Ataupun mereka mungkin ialah agen BN yang telah diberi arahan untuk menyerang pada masa ini, entahlah.

Tetapi penulis ingin menyeru Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang supaya sentiasa berwaspada oleh kerana rampasan kuasa di Perak berlaku tahun lalu pada masa Tahun Baru Cina dan sekarang kebetulannya sudah dekat Tahun Baru Cina pun. Oleh itu, mana tahu? BN sangat suka main game masa Tahun Baru Cina.

3) 'Lompat, si katak lompat':
Game ini amat merbahaya dan telah berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. BN sentiasa main game ini walaupun selalu menafikan demikian. Game ini dimainkan oleh BN pada waktu pagi, tengahari, petang, malam, tidak mengenal musim dan waktu dimana pihak BN sentiasa membuat percubaan untuk menyogok ADUN-ADUN atau anggota Parlimen Pakatan Rakyat.

4) 'Game gosip dan serangan peribadi/The Gossip Game':
Kerajaan BN menggunakan senjata ini untuk melemahkan pentadbiran negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Dalam game ini yang sedang dimainkan serentak di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, fitnah telah dilemparkan keatas Ketua Menteri Lim Guan Eng, Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menimbulkan keraguan rakyat keatas kemampuan mereka dalam urusan pentadbiran negeri.Terlalu banyak game yang dimainkan oleh BN sejak 8 Mac 2008.

Masa telah tiba untuk rakyat berkata,"Dah cukuplah, Jib. Game over!"


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.