Solat Hajat Untuk Anwar

SHAH ALAM, 18 FEB - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan memimpin solat hajat anjuran Pakatan Rakyat Shah Alam di Stadium Melawati pada 20 Februari ini bermula jam 7 malam.

Menurut Pengarah Program, Harris Bakar, solat hajat ini memohon kepada Allah melindungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada fitnah dan konspirasi jahat terhadapnya.

Turut diadakan ceramah perdana untuk menerangkan isu semasa termasuk kepincangan, penyelewengan, konspirasi dan niat jahat Umno-Barisan Nasional dalam memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Antara panelis yang akan memberi cermahanya ialah Datuk Seri Anwar, Datuk Nik Aziz, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor, Syed Shahril Syed Mohamud.

Orang ramai diminta membawa sejadah untuk solat hajat.


Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

1 comment

aliffnajmi said...

Salam.
Amalan solat hajat ni bagus kerana hanya pd Allah SWT jua lah tmpt kita meminta.

Namun harus diberi perhatian juga adakah benar niat dan hajad kita tu. Jika kita dipihak yg benar... Alhamdulillah dan InsyaAllah akan diperkenan oleh Yg Maha Esa... tp bagaimana pula jika hajad kita tadi tu lebih kepada hajad menganiaya seseorang?

SEBAGAI CONTOH, kita ni agak nakal utk berdating dgn anak dara org, malangnya si bapa melarang anak kesayangannya dari berjumpa kita. Lalu kita pun bersolat hajad memohon utk Allah membutakan mata sibapa agar sibapa tidak dpt mengesan perjumpaan kita dan anak perempuannya.

Utk itu adalah lebih baik kita melakukan solat Istikaroh memohon petunjuk dari Allah SWT agar dpt membimbing kita memilih yg mana benar dan yg mana salah.

Semoga Allah memelihara kita dari kesesatan. InsyaAllah.

Powered by Blogger.