SPRM ambil keterangan Fernandez

SHAH ALAM, 6 Februari - Ahli Parlimen Seremban John Fernandez diambil keterangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung satu tuduhan terhadap Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong.

Sesi tersebut bermula jam 3 petang dan berlangsung selama dua jam di Ibu Pejabat SRPM di Seremban semalam.

Fernandez menyeru SPRM menyiasat Dr Wee, dengan menunjukkan sepotong cek yang menunjukkan pemimpin BN itu memiliki separuh saham di syarikat Hijau Sekitar Sdn Bhd.

Syarikat ini dilantik untuk menjalankan kajiselidik di atas bidang tanah bersebelahan Zon Bebas Pelabuhan Klang PKFZ.

Pada 24 Disember tahun lalu, Dr Wee berkata Hijau Sekitar menawarkan khidmat rundingan kepada Pelabuhan Klang namun menafikan sebarang pertalian kepada syarikat itu.

Hijau Sekitar dan empat firma lain dilantik Wijaya Baru Sdn Bhd iaitu ibu syarikat kepada kontraktor utama PKFZ - Kuala Dimensi Sdn Bhd - untuk menjalankan kaji selidik itu.

Pemimpin BN, Datuk Seri Tiong King Sing adalah Ketua Pegawai Eksekutif di Kuala Dimensi.

Fernandez menyerahkan laporan setebal lima mukasurat dengan lampiran apendiks sepanjang 200 mukasurat dan laporan Pendaftar Syarikat.

Fernandez bagaimanapun enggan mengulas sesi keterangan bersama SPRM itu.


*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.