Taktik Tiga Serampang Umno Pecahkan PR

KUALA LUMPUR, 10 Februari - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat kini mula goyah berikutan desas desus beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negerinya akan keluar parti.

Anwar sebaliknya menyifatkan desas desus itu sebagai strategi Umno-Barisan Nasional menguburkan pakatan pembangkang itu.

“Tidak ada sama sekali, saya tidak tahu satu dua (Ahli Parlimen dan ADUN) tetapi kalau enam atau lapan, mereka telah keluar kenyataan dan telah marah kerana ditunding sedemikian,”katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Katanya, Umno juga menggunakan kes konspirasi liwat II yang dikenakan terhadap beliau dan taktik memancing Ahli Parlimen dan ADUN bagi memastikan recana mereka berjaya.

“Strategi Najib memang menggunakan kes ini dan dalam masa sama menberi keputusan kes Perak, kemudian cuba membeli beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen.

“Sudah dikeluarkan kenyataan oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR yang menyatakan orang kepercayaan Najib, Duta Malaysia ke Amerika Datuk Jamaluddin Jarjis adalah antara yang terlibat cuba memujuk dan menjamin apa saya. Golongan ini korupsi tidak ada makna bagi mereka,”katanya.-YUSMAWATI MHD YUSOF



Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments

Powered by Blogger.