Wahai Menteri, Berhentilah Beretorik
http://bongkarsauh.blogspot.com/
Kerajaan meluluskan 100,000 pekerja asing baru untuk tempoh lima bulan kerana permintaan syarikat untuk pekerja asing semakin meningkat. Peningkatan ini berlaku berikutan pemulihan ekonomi.
Kerajaan mengambil langkah itu juga kerana rakyat tempatan tidak berminat untuk menerima tawaran syarikat berkaitan.
Sementara syarikat berkaitan pula ketika diminta oleh kerajaan menawarkan gaji lebih tinggi untuk menarik pekerja tempatan tidak sanggup melakukan demikian.
Itu petikan kenyataan menteri. Boleh baca di bawah sekali. Saya musykil dalam beberapa perkara.
Pertama, betulkah 100,000 pekerja asing itu untuk keperluan industri atau untuk keperluan kroni? Bukankah ramai pemimpin Umno berniaga ‘orang’? Dan, mereka menjadi kaya dengan perniagaan itu.
Kedua, betulkah rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor perkilangan? Atau, syarikat berkenaan tidak mahu mengambil pekerja tempatan kerana mengelak tanggungan bebarapa kos yang tidak perlu ditanggung ke atas pekerja asing?
Ketiga, kerajaan berkata ekonomi negara semakin pulih. Kalau begitu, mengapa syarikat tempatan tidak bersedia menawarkan gaji yang setimpal untuk pekerja tempatan?
Bagi saya, kerajaan bohong dan bermain silap mata dalam isu ini. Bagaimana?
Pertama, kalau dikatakan pekerja tempatan tidak mahu bekerja di sektor perkilangan, itu bohong di siang hari. Kalau ada pun bilangannya sangat kecil. Bukan rakyat tidak mahu bekerja tetapi sektor perkilangan tidak bersedia menerimanya. Sektor perkilangan ada alasan tersendiri.
Pengalaman berada di syarikat swasta sekarang, setiap hari ada sahaja permohonan daripada lepasan sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk bekerja termasuk di sektor perkilangan. Mereka sanggup bekerja walau pun secara kontrak, bahkan dengan gaji yang seadanya. Asalkan mereka ada kerja.
Bukan pekerja yang memilih pekerjaan tetapi sektor industri yang memilih.
Kedua, kalau ekonomi negara sudah pulih, sepatutnya sektor perkilangan bersedia menaikkan gaji setimpal untuk pekerja tempatan. Mereka mengambil pekerja asing kerana bebanan kewangan. Kerajaan berbohong dengan kenyataan ekonomi negara sudah pulih.
Ketiga, pengambilan pekerja asing dibuat untuk penjimatan kos operasi. Mereka boleh ditamatkan perkhidmatan termasuk diperah keringat mereka dengan mudah oleh majikan. Di samping itu ramai pemimpin Umno yang tumpang senang dan kaya dengan pengambilan pekerja asing.
Pengurangan jumlah pekerja asing juga bukan sepenuhnya bertolak daripada kebertanggungjawaban kerajaan dalam isu ini tetapi lebih kepada ‘pengalihan isu’. Isu sebenarnya, Malaysia bukan lagi tumpuan pekerja asing. Di samping ‘bangkai’ cari makan dengan berniaga pekerja asing yang dibuat oleh pemimpin Umno / BN sudah tidak boleh ditutup lagi.
Pemimpin Umno / BN usah berbohong dengan perkara ini. Kepada bapa menteri, cukup-cukuplah dengan retorik ekonomi semakin pulih. Mengaku sajalah bahawa Umno / BN memang telah hilang stamina untuk memulihkannya.
Rakyat sudah tahu itu semua. Cuma rakyat menunggu masanya sahaja.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan permohonan 100,000 pekerja asing baru untuk bekerja di negara ini dalam tempoh lima bulan lepas bagi memenuhi keperluan pelbagai syarikat pembuatan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tetap komited untuk mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini dan langkah berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat.
Jumlah pekerja asing di negara ini menurun daripada 2.2 juta kepada kira-kira 1.6 juta sejak awal tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula Q-Performance Consultant Sdn Bhd di sini.
"Kami perlu lakukannya secara beransur-ansur kerana permintaan syarikat untuk mengambil pekerja asing semakin meningkat apabila mereka perlu meningkatkan pengeluaran berikutan pemulihan ekonomi," kata beliau apabila ditanya sama ada sasaran kerajaan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.
Dr Subramaniam berkata 100,000 permohonan baru itu diluluskan dalam tempoh Oktober tahun lepas hingga bulan ini bagi memenuhi permintaan empat industri elektronik, plastik, perabot dan sarung tangan.
Katanya kerajaan meluluskan permohonan itu sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi kekurangan pekerja apabila rakyat tempatan masih tidak berminat menerima tawaran yang dibuat syarikat terbabit.
Bulan lepas, kementerian berkenaan meminta syarikat di negara ini menawarkan gaji lebih tinggi bagi menarik minat rakyat tempatan, tetapi menurut laporan, tidak banyak syarikat yang sanggup berbuat demikian.
Dr Subramaniam berkata kementerian berkenaan bersedia meminda undang-undang tertentu berkaitan guna tenaga, kesatuan sekerja, keselamatan sosial, hubungan industri dan kurikulum serta skop latihan institut latihan industri supaya sejajar dengan model ekonomi baru yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.
Kementerian itu menetapkan sasaran melahirkan 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 60 peratus tenaga kerja berkemahiran rendah atau tidak berkemahiran yang ada sekarang.
"Daripada 60 peratus ini, antara 10 dan 15 peratus tidak mempunyai sebarang kemahiran. Oleh itu, kami perlu mengkaji semula modul dan struktur latihan kami bagi memastikan lebih banyak rakyat Malaysia dapat dilatih menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi pada masa akan datang, katanya.
Beliau berkata pada 1970-an, kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha melatih pekerja bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap tenaga kerja oleh sektor pembuatan, terutama industri elektronik.
"Kini, keadaan itu berubah apabila sektor perkhidmatan pula menjadi fokusnya. Sekarang, kami perlu latih pekerja bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam sektor ini agar kami mampu melahirkan tenaga kerja berpendapatan tinggi, sejajar dengan sasaran model ekonomi baru," katanya.
Dr Subramniam juga berkata Kabinet telah bersetuju pada dasarnya untuk mewujudkan satu mekanisme bagi memberi bantuan kewangan kepada wanita bukan Islam yang dalam proses penceraian dan tidak mendapat nafkah daripada suami masing-masing.
Naib Presiden MIC itu berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diberi tanggungjawab merangka mekanisme itu dalam tempoh terdekat.
Minggu lepas, Dr Subramaniam berkata beliau memohon kelulusan Kabinet dan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mendapatkan peruntukan untuk membantu golongan tersebut.
Awal bulan ini, Kabinet meluluskan peruntukan RM15 juta sebagai bayaran nafkah pendahuluan kepada wanita Islam yang bekas suami mereka melanggar perintah mahkamah Syariah dan bayaran itu akan dituntut semula daripada bekas suami terbabit. -BERNAMA
*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments
Post a Comment