Yang Paling Bodoh! Memorandum Pun Dibakar

Bila Memorandum Pun Dibakar Sama...

Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan Melayu mengadakan protes di bangunan Komtar di sini hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri, yang didakwa diskriminasi, merobohkan gerai-gerai haram kendalian orang Melayu di negeri itu.

Patung Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga dibakar dalam protes itu yang diadakan selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berhimpun di kawasan Masjid Jamek Simpang Enam sebelum sembahyang Jumaat dan kemudian berjalan kaki ke arah Komtar, yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan negeri untuk menyerahkan memorandum kepada Lim.

Polis gagal dalam menahan kumpulan berkenaan daripada menuju ke premis itu.

Protes itu diaturkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Turut mengambil bahagian ialah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali selaku Ahli Parlimen Pasir Mas dan berucap pada majlis itu.

Selepas gagal menemui Lim di pejabatnya, kumpulan itu membakar patung Lim dan juga memorandum.

Kumpulan itu mendesak Lim meletakkan jawatan.

Kumpulan ini mahu mengadakan perhimpunan yang sama selepas ini jika keadaan tidak berubah.

*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

1 comment

MANSOR JUNUS said...

Melayu otak macam Ibrahim Ali tak ubah macam red indian. Bising merata tempat, tapi satu matlamat pun tak tercapai. Lebih 50 tahun UMNO pegang Kerajaan Pusat, tetapi ekuiti melayu masih dibawah 20%. Duit Petronas yang Pak Lah & Dr.M dah sapu mengikut rekod RM350B. Mana itu semua hilang? Ibrahim Ali dan kuncu2nya duduk tunggu apa.

Sepatutnya kalaulah dia begitu prihatin dengan 'survival' bangsa melayu, cuba buat sesuatu tentang perkara2 di bawah.

1. Keruntuhan akhlak belia2 melayu.
2. kemiskinan tegar masih kelihatan dimana2. Cuma tidak dihebuhkan saja.
3. Jenayah sudah sampai keperingkat nak hantar anak ke sekolah pun dah takut.
4. Zaman Tun Razak dulu negara kurang maju, tetapi semua sekolah percuma, masuk universiti pula dapat biasiswa. Zaman Dr.M, Pak Lah dan Najib negara sudah kaya. Hasil minyak sudah mencecah berbillion. Tapi kos sara hidup semua naik. Anak2 nak masuk universiti duit kena cari sendiri.
5. Rasuah dan salah guna kuasa sudah menjadi budaya, semua orang tahu dari bawah sampai keatas.

Mana dia orang2 macam Inrahim Ali dan NGO2 melayu?. Cuba renung sikit. Yang ketara hanyalah mereka ini semua bising sebab tak dapat habuan. Bikin malulah....

Powered by Blogger.