Yb Zul Nordin: LAPURAN PALSU

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada lapuran akhbar STAR hari ini dimuka surat N12 yang mendakwa konon saya berkata YB Azmin & YB Saifudin Nasution membuat konspirasi mahu menendang saya keluar daripada PKR.

Saya menafikan pernah membuat sebarang kenyataan saperti itu, sebaliknya kenyataan saya adalah saperti yang saya siarkan di dalam laman zul4kulim.blogspot.com berkaitan lapuran palsu MalasyiaKini yang mendakwa saya akan keluar daripada PKR pada 03 Feb (semalam).

Pada saya ini adalah cubaan jahat untuk melaga-lagakan saya dengan beberapa pimpinan tertentu didalam PKR, dan saya berharap mereka yang berkenaan menghentikan mainan politik kotor dan bodoh ini. Apa juga keadaan, YB Azmin, YB Saifudin adalah sahabat saya dan bukan kerja saya untuk membuat kerja-kerja bodoh dan kebudak-budakan ini.

Saya telah menghantar notis kepada pihak akhbar the Star menuntut mereka menarik balik lapuran palsu tersebut dan memberi amaran bahawa saya mengambil tindakan lebih tegas jika tiada pembetulan dibuat segera.

Sekian harap maklum.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
19 Safar 1431
05 Februari 2010

*terima kasih atas kunjungan.bantu lah saya dengan hanya klik di sini. setiap klik membantu blog ini berkembang.

No comments

Powered by Blogger.