Zahid: Rahsia tentera bocor, disalur kepada kedutaan asing

KUALA LUMPUR, Feb 4 — Maklumat dalaman Angkatan Tentera Malaysia didapati bocor dan disalurkan kepada sebuah kedutaan asing di negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hari ini.

Sehubungan itu Zahid (gambar) memberi amaran mereka yang didapati terlibat dalam perbuatan seumpama itu telah melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Menteri itu berkata, beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam waktu terdekat sebelum mengeluarkan butiran lanjut.

Pendedahan ini merupakan isu kedua melibatkan Angkatan Tentera Malaysia sejak kebelakangan ini. Akhir tahun lalu negara digemparkan laporan kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM.

berpuas hati dengan artikel ini?sokong dan bantu lah saya dengan hanya klik di sini

No comments

Powered by Blogger.