Adun Kulim jamin kekal tapi kecewa PKR, Pakatan tak berubah

Oleh Clara Choo

ALOR SETAR, 23 Mei — Meskipun perhimpunan solidariti di sini malam tadi menyaksikan kehadiran kesemua 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR), kelihatan ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan negeri Kedah.

Adun Kulim Lim Soo Nee, salah seorang daripada tiga wakil rakyat PKR Kedah yang disebut-sebut akan keluar parti dan akan membawa kepada kerajaan tumbangnya kerajaan negeri, melahirkan kesangsian terhadap kestabilan kerajaan negeri.

Beliau secara terbuka melahirkan rasa tidak puas hati dengan partinya dan juga kepimpinan negeri.

Dalam ucapannya tanpa rasa gentar, Lim melahirkan rasa kecewa secara terbuka dan kegagalan kerajaan negeri mengkaji kelemahan-kelemahan yang wujud.

Lim berkata beliau tiada rancangan untuk keluar parti tetapi membayangkan ada yang tidak kena dalam PKR khususnya di Kedah.

“Saya akan bersikap terbuka di sini malam ini. Kemungkinan apa yang saya berkata ini boleh mengecewakan Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) tetapi saya tidak akan biarkan ia menghalang saya,” kata beliau di hadapan hadirin yang dilihat tersentak sedikit mendengar kata-katanya.

Lim menambah fenomena keluar PKR kebelakangan ini disebabkan oleh faktor menarik dan menolak.

“Faktor menarik adalah berdasarkan gangguan yang datang dari parti pembangkang kita di Barisan Nasional. Kita tahu bahawa tujuan mereka ialah untuk menggulingkan kerajaan.

“Faktor menolak adalah lebih buruk — ia datang dari kitaran dalaman kita sendiri, menyebarkan pembohongan berniat jahat dan maklumat yang boleh menyebabkan kita semua tumbang,” katanya lagi.

Lim juga memberitahu, beliau tidak dapat menafikan bahawa adanya dalang dalam PKR sendiri yang bertindak bertentangan dengan parti dan ahli-ahlinya menyebarkan khabar angin ini.

“Saya sedih apabila kita di Kedah terpaksa kehilangan dua Adun kita yang keluar parti,” katanya.

Malah katanya, apa yang menyedihakan ialah “sehingga kini kita tidak usaha untuk mengadakan bedah siasat untuk mencari sebab mereka bertindak keluar parti.”

Adun Lunas Radzhi Salleh dan rakannya dari Bakar Arang Tan Wei Shu merupakan dua wakil rakyat PKR bertindak keluar untuk berperanan sebagai anggota Bebas mesra BN.

PR kini mempunyai 20 kerusi di DUN yang menawarkan 36 tempat dengan PAS memiliki 16, PKR tiga manakala DAP satu.

“Adalah salah bagi orang kita untuk hanya bertindak keluar kerana mereka tidak gembira, tidak kira apa juga perasaan tidak puas hati, kita masih boleh duduk dan berbincang.

“Tetapi kita masih tidak boleh mengetepikan (hakikat) bahawa hanya mereka sahaja telah meninggalkan parti,” katanya.

Lim juga menekankan jika seorang berhadapan dengan masalah dengan sembilan yang lain, dia harus berfikir bahawa tidak mungkin dia seorang sahaja yang betul manakala yang lain salah.

“Jika hanya seorang yang keluar tidak kisah. Tetapi kita bercakap mengenai ramai yang keluar parti selepas pilihan raya umum 2008. Sudah pasti ada sebab yang munasabah,” katanya.

Jelas beliau, walaupun PKR sudah kehilangan ramai wakil rakyat, kepimpinannya dan kerajaan negeri Kedah telah gagal untuk memikul tanggungjawab dan mencari kelemahan dan kesilapannya.

“Dan, jika pemergian mereka disebabkan kesilapan yang kita telah lakukan, maka kita kena berubah.

“Kita tidak mahu duduk berbincang dan menuding jaring ke atas orang lain,” katanya yang turut meminta kerajaan negeri PR belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu.

“Tidak benar saya tidak gembira dengan parti dan dengan kerajaan tetapi sekali lagi adalah lebih baik saya bercakap di sini daripada simpan dalam hati,” katanya.

“Kemungkinan dua rakan saya (dari PKR) tidak berani untuk bercakap kebenaran ini tetapi adalah benar kita semua tidak berpuas hati dengan parti dan kerajaan. Kami kadangkala merasakan kami tidak dihargai,” katanya lagi.

Ketika ini beberapa hadirin mula bersuara dengan menyindir ke arah Lim sambil bertanya apa yang beliau mahukan.

“Apakah anda mahukan? Bercakap? Apa anda kata?” kata seorang lelaki yang kelihatan marah.

Melihat suasana ini, Lim dengan segera mengakhiri ucapannya sambil berkata, beliau tiada rancangan untuk meninggalkan parti.

“Kita perlu menyuarakan rasa tidak puas hati kita, jika kita gagal untuk melakukan ini dan kita hanya duduk dan diam, kita tidak berbeza daripada BN,” katanya.

Sehubungan itu, Lim menambah bahawa kehadirannya dalam perhimpunan cukup bukti yang kerajaan PR tidak akan ditumbang.

Dua rakannya, Adun Sidam Tan Show Kang dan Adun Bukit Selambau S. Manikumar juga menyatakan kesetiaan mereka kerajaan PR.

Pada sidang media tengah malam tadi, Azizan menekankan perhimpunan malam tadi membuktikan kekuatan dan perpaduan dalam kerajaan.

“Pastikan bilangannya betul, OK? Kami ada 20 Adun. Kami ada kestabilan dan majoriti,” katanya.

“Saya ingin mengatakan di sini bahawa kami tidak akan membubarkan DUN, saya tidak melihat keperluan,” katanya.

Mengenai gesaan Lim supaya diadakan bedah siasat, Azizan berkata:

“Ya, kami tidak mengadakan bedah siasat. Bagaimanapun kerajaan negeri akan mengkaji cadangan beliau.”


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.