ADUN Parit Raja Masuk Hospital Kerana Sakit Dada

JOHOR BAHRU 23 Mei - Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, 51, dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, semalam selepas mengadu sakit dada.

Serangan jantung itu dipercayai berlaku ketika Abd Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Raja menghadiri tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Bazar JB semalam.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Ali Hassan, berkata Abd Aziz mengadu sakit badan dan dada semasa mereka berbual-bual selepas tinjauan mesra itu.

"Dia kata dia tak sedap badan. Saya tak sangka ia jadi macam tu," kata beliau.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Khairi Yakub ketika dihubungi hari ini tidak dapat mengulas lanjut mengenai kesihatan beliau.

Bernama


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.