Dewan Himpunan Penyokong PAS Eratkan Perpaduan Kaum
Oleh Norasikin Samsi
KLANG 23 Mei - PAS melakar peristiwa bersejarah dengan membuka ruang kepada anggota bukan Islam untuk menyertai parti itu menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sekaligus membuktikan usaha parti menyatupadukan semua kaum di negara ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keterbukaan itu juga melambangkan proses perubahan politik terbesar sedang berlaku di dalam sistem pemerintahan negara ini yang menolak konsep 1Malaysia acuan kerajaan Barisan Nasional.
"Kita mahukan perubahan politik yang besar termasuk perubahan ke atas pemerintah bukannya perubahan 'Malaysia untuk semua' tetapi 'adil untuk semua'," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pelancaran DHPP di sini hari ini.
Sehingga kini, seramai 20,000 ahli yang sebahagian besarnya terdiri daripada orang bukan Islam telah menganggotai Kelab Penyokong PAS.
"20,000 bukan satu jumlah yang kecil tetapi kita mesti gubal, kaji dan akhirnya hari ini kita tukar dan kita tubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujar Abdul Hadi.
Mengulas mengenai kesepaduan kaum, Abdul Hadi berkata, langkah ini bakal membuahkan hasil yang boleh memberi manfaat kepada semua kaum.
Katanya, untuk membina kesepaduan sesama kaum, konsep adil dan saling hormat-menghormati hendaklah digabungjalinkan.
"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS tanpa dipaksa.
"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.
Sebagai gimik pelancaran, Presiden PAS itu menyentuh sebuah glob mengandungi tulisan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, usaha untuk menyatupadukan antara kaum sedang giat dilakukan oleh PAS.
Abdul Hadi berkata ini dibuktikan apabila PAS mengambil langkah pro-aktif sewaktu memerintah Terengganu dengan membenarkan orang bukan Islam menjadi calon PAS dalam pilihan raya umum 1999.
"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," tambah beliau lagi.
Hadir sama, Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr Hatta Ramli dan Ketua Penerangan, Idris Ahmad.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment