Ridhuan Tee Bidas Lesen Judi, Gesa BN Pertimbang Semula

Suara bantahan kepada isu kelulusan lesen judi bolasepak semakin kuat.
Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggesa kerajaan Barisan Nasional supaya mempertimbangkan semula rancangan meluluskan lesen judi kerana ia mengundang mudarat kepada masyarakat Islam.

Beliau berkata pandangan Islam berhubung soal judi sudah jelas lagi nyata lantas soal menghalalkan skim judi Piala Dunia 2010 seharusnya tidak berbangkit sama-sekali.

"Saya ingin menyarankan kepada pihak berkuasa supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu dasar. Ya, dari satu segi kerajaan mahu mengelakkan judi haram, namun kita perlu timbangkan mudarat yang lebih besar," tegas beliau.

Dr Ridhuan berkata statistik dan liputan media menunjukkan masalah umat Islam yang terlibat dalam gejala sosial amat menakutkan. Pertambahan pusat judi halal akan hanya menjadikan situasi masyarakat Islam semakin parah.

"Walaupun kita katakan ia untuk orang bukan Islam, tetapi tidakkah kita membuat kajian bahawa betapa ramai umat Islam yang membeli nombor ekor hari ini walaupun tertulis dengan jelas, umat Islam dilarang masuk di premis tersebut, begitu juga perjudian mereka ke Genting Highland."


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.