Dr Chan akui sentiment pengundi terhadap SUPP punca kekalahan di Sibu
KUCHING, 17 Mei — Rasa tidak senang pengundi terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) adalah punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Sibu semalam, kata Presidennya Tan Sri Dr George Chan.
“Lebih 50 peratus pengundi berasa tidak senang dengan SUPP, sudah pasti kami perlu turun ke akar umbi untuk mengetahui puncanya,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini hari ini.
Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata parti itu akan mengadakan bedah siasat untuk mengetahui faktor SUPP ditolak pengundi selain mencari strategi untuk memenangi semula sokongan mereka.
“Pada masa ini kita tidak tahu mengapa mereka tidak gembira dengan SUPP, kita akan buat bedah siasat dan gembirakan mereka sebelum pilihan raya negeri kelak,” katanya.
Beliau berkata SUPP akan menyiapkan bedah siasat itu secepat mungkin bagi berdepan dengan pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
Ditanya kemungkinan faktor calon yang tidak disukai penduduk sebagai punca, Dr Chan berkata perkara itu perlu diteliti lebih lanjut.
Beliau bagaimanapun mempertahankan pemilihan Robert Lau Hui Yew sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu kerana Lau mewakili imej baru SUPP untuk mengetengahkan muka baru dalam arena politik negeri.
“Beliau adalah muka baru dan pada saya adalah calon yang bagus. Saya percaya dalam tempoh beberapa tahun akan datang jika beliau bekerja keras beliau mempunyai peluang yang baik,” katanya.
Pada pemilihan semalam, calon DAP Wong Ho Leng menang dengan majoriti tipis 398 undi apabila memperolehi 18,845 menewaskan Lau yang memperolehi 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang menerima 232 undi. — Bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment