Dr Wan Azizah: Sendu Keluarga Aminulrasyid
Oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis di kepala mendebarkan kita dan menggegar halaman media massa. Umurnya baru 14 tahun. Masih bersekolah dan terlalu muda untuk dikatakan 'mengancam keselamatan' dan harus menerima hukuman mati. Betapa sendunya seluruh keluarga Allahyarham menerima ujian ini.
Anak ini dipersalahkan, termasuk berita yang tersiar di berita jam 8, TV3, konon Aminul (cukup begitu kita memanggilnya) adalah 'seorang penjenayah'. Setakat hari ini, dua 'tuduhan' dilemparkan kepada Amirul. Pertama, dia memiliki senjata, iaitu parang. Kedua, dia dikatakan cuba melanggar anggota polis dengan mengundurkan kereta. Apa yang pasti, Aminul sekadar berlaku seperti remaja lain; rasa takut kerana memandu tanpa lesen.
Persoalan sekarang ialah, "mengapa sampai perlu polis melepaskan tembakan ke arah seorang remaja 14 tahun?" Lebih dipersoal, apa prosedur polis tatkala mahu memacu pistol ke arah suspek?
Kes Amirul bukanlah satu kes yang terasing. Beberapa bulan lalu, seorang wanita; Norizan Salleh juga ditembak apabila kereta yang ditumpang, melanggar sekatan polis. Saya tidak mempertikai kesalahan memandu tanpa lesen; tidak pula bersetuju dengan tindakan melanggar sekatan polis. Namun, sekali lagi, apakah begini caranya untuk mendidik dan 'mengajar' masyarakat?
Tuhan telah menyelamatkan Norizan walaupun beliau ditembak dari sisi kanan ketika kereta peronda polis memotong kereta yang ditumpang oleh Norizan. Maknanya anggota polis yang mengacu pistol ke arah wanita itu memang nampak jelas wajah orang yang mahu ditembak — seorang wanita.
Kereta yang dinaiki Norizan dikatakan kereta curi, namun dalam masa sama, ‘kereta curi’ dihambat dengan tujuh peronda polis, selain tiga lain dalam keadaan siap sedia! Seakan-akan kes curi kereta lebih bahaya daripada kes bunuh. Aduhai! Lima das peluru menembusi tubuh dan mencederakan tangan Norizan. Dengan kuasa Tuhan, wanita berumur 30 tahun ini terselamat dan beliau satu-satunya saksi yang hidup.
Kenyataan angkuh dan tidak bertanggungjawab Ketua Polis Negara amat tidak diperlukan pada saat seluruh negara seperti dalam suasana berkabung. Ugutan untuk membekukan rondaan seolah-olah mereka tidak menerima gaji daripada pembayar cukai. Meskipun ramai berpendapat kenyataan itu seperti kebudak-budakan, tetapi pada saya ia cukup keji dan memalukan.
Kini rakyat mula mempersoal, apakah benar setiap kumpulan samseng yang diberikan dengan pelbagai nama, benar-benar wujud atau ia juga hanya sebahagian daripada khayalan pihak polis? Dalam satu kes lain yang berlaku di Klang, polis juga dikatakan menembak mati sekumpulan warga asing dan menamakan mangsa dengan gelaran tertentu”.
Adakah munasabah ada kumpulan penjenayah yang menamakan diri mereka sendiri dengan gelaran yang 'ganas'? Atau sebenarnya pihak polis kebuntuan untuk menyelesaikan sebuah kes rompakan seorang pemimpin politik parti, lalu dicekup sesiapa sahaja? Inilah yang saya sebutkan sebagai “khayalan pihak polis".
Kita tahu, kaedah dan alasan sama diberikan pihak polis setiap kali ada kes tembak mati. Mangsa yang dikatakan ‘penjenayah’ akan ditemukan pula senjata (parang) di dalam kereta. Aminul juga ada parang, sama seperti kes perompak dan berpuluh kes tembak mati lainnya. Memang kita ragu, parang itu milik siapa?
Lebih membimbangkan, kes Aminul berlatarbelakangkan kes kematian Kugan dan Beng Hock sama ada yang melibatkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mahupun polis. Saya percaya Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) mempunyai data lengkap jumlah kematian ketika dalam tahanan; lokap polis mahupun di penjara selain kes kematian di jalanan.
Kini Azamuddin Omar, iaitu seorang teman yang bersama Aminul adalah saksi penting. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana debarnya si anak itu apabila dia mendengar bunyi tembakan? Tangannya terlepas daripada menggenggam stereng kereta.
Aminul rebah. Dia terkulai di pangkuan Azamuddin. Malam pun jadi gelap. Darah mencucur dan membasahi ruang dalaman kereta. Aminul pergi buat selama-lamanya.
Al-Fatihah buat Allahyarham Amirulrasyid Amzah. Hiba kita buat mereka yang teraniaya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment