Perubahan UMNO - setakat mana?

Perencanaan politik memang sukar mahu dijangkakan. Siapa yang menjangka orang kanan Anwar Ibrahim – orang yang didapati bersalah atas tuduhan OSA dan di tangkap di bawah ISA hari ini menentang Anwar Ibrahim. Siapa yang menjangkakan orang tersebut – yang dahulu memusuhi OSA dan ISA hari ini duduk sekali dengan mereka yang menyokong akta tersebut. Malah hari ini atas nama kembali ke UMNO, Ezam Mohd Nor diberi jawatan senator. Ezam ada misi. Misinya adalah menghapuskan politik Anwar Ibrahim. Itu misi besar dan misi itu melayakkan beliau menjadi senator. Dari himpunan komen yang di terima – ramai yang turut mempersoalkan Ezam sebagai senator namun ada yang bersetuju dengan pelantikan Ezam itu.

Sungguhpun begitu kita perlu juga menyingkap dalam UMNO – kepimpinan muda yang hadir tetapi menjadi korban politik. Kita perlu menyingkap – kehadiran kepimpinan muda yang mempunyai idealisme yang utuh akhirnya terkorban atas sepak terajang politik yang ganas – yang mementingkan kedudukan sendiri dari keperluan mengambil jentera-jentera muda yang berwibawa ini untuk memacu politik UMNO.

UMNO perlu perubahan tetapi semakin hari semakin nampak – bahawa perubahan yang dikehendaki oleh Datuk Najib Tun Abdul Razak semakin tersisih dan semakin mengarah kepada politik UMNO yang sedia kala dan yang semakin disisih rakyat. Idea Najib besar – harapannya besar namun Najib juga perlu melihat pada kepimpinan muda yang menyerlah dahulu yang kini menjadi korban ganas politik – oleh mereka yang berpayung di bawah Najib sendiri. Ramai kepimpinan muda UMNO tercantas kerana beberapa kerat ahli politik mahu menjaga tempatnya sendiri. Ini perlu dilihat sebagai satu tindakan merugikan – membunuh mereka yang berpotensi untuk memacu UMNO ke arah yang di terima rakyat. Perubahan UMNO perlu ketara. Perubahan dalam UMNO perlu menyerlah. Sekiranya perubahan yang dicanangkan hanya melekat pada agenda Najib tetapi tidak terurus di bawah maka perubahan yang menjadi harapan Najib akan tergendala. Ini tidak akan memberi persepsi baik kepada rakyat khususnya kaum Melayu yang mahukan UMNO di masyarakatkan.

Mungkin UMNO perlu lihat dari sudut ini – memasyarakatkan UMNO. UMNO perlu mengubah cara pengurusan – melihat kepada potensi dan menolak pengkhususan kepada politik dalaman. Ahli UMNO semakin perlu untuk bertindak – menjulang reformasi dalam UMNO, dari hanya mengadakan pelantikan atas dasar – melunaskan budi. Selagi UMNO tidak mula mengambil langkah untuk berubah – meletakkan diri pada masyarakat untuk menilai dan berjaya dalam penilaian maka selagi itu UMNO akan bergerak ke belakang.

http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=718&Itemid=58

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.