Hanya 3 Minit Sahaja Najib Jumpa Rakyat Biasa Sibu

Perdana Menteri Najib Abdul Razak hanya meluangkan masa 3 minit bersama masyarakat Sibu dalam satu majlis budaya semalam.

Lebih 10,000 orang berhimpun di Tokong Eng Ann Tua Pek Kong, terpaksa menunggu hampir satu jam, untuk menyambut kedatangan Najib Abdul Razak, yang hanya tiba sekitar jam 7.15 malam.

Setiap tiga tahun sekali, rakyat Sibu berkumpul d pagoda tujuh tingkat berusia 120 tahun ini bagi meraikan festival kebudayaan Cina.

Perdana Menteri Najib dijadualkan mengepalai upacara keagamaan disini dalam usaha Barisan Nasional merangkul sokongan masyarakat Cina Sibu.

Ribuan bersesak-sesak seawal jam 6 petang lagi untuk melihat wajah pemimpin 1Malaysia ini. Namun 1Malaysia yang mereka harapkan sebenarnya adalah sergahan dan asakan dari polis, pasukan Rela dan pengiring Perdana Menteri.

Beberapa jam sebelum itu, Najib mengagihkan RM18 juta ringgit kepada 1000 wakil dari persatuan sekolah Cina dan dakwah Kristian di Hotel RH, Sibu.
Bagi meraih sokongan mereka, Najib merayu dengan berkata BN satu-satunya kawan sejati yang mereka ada.

Namun wajah yang sama tidak ditunjukkan di majlis bersama rakyat bawahan ini.
Lebih 100 pertubuhan budaya Cina dari seluruh negara berhimpun di Tokong Ann Tee Tua Pek Kong semalam.

Sepuluh minit sebelum bermulanya upacara ini, Najib tiba bersama calon BN, Robert Lau Hui Yew dan mereka cepat-cepat diiring ke pintu masuk tokong untuk menandatangi plak ketibaan.

Namun belum sempat sami-sami tokong menyerahkan saguhati kepadanya, Najib bergegas pulang ke kereta untuk makan malam eksklusif bersama wakil-wakil perniagaan Cina.
Keghairahan masyarakat Sibu untuk bertemu pemimpin tertinggi negara ini terus pudar dengan layanan kasar dan insiden tolak-menolak dari pengiring Najib, walaupun ramai dari kalangan hadirin adalah golongan tua dan anak kecil.

Najib memecut terus ke hotel RH Sibu bagi melancarkan komputer 1Malaysia dan makan malam bersama wakil-wakil perniagaan di Sibu.
Harapan menggunung kaum peniaga pada ucaptama Najib di makan malam eksklusif ini bagaimanapun meleset.

Kaum peniaga Sibu telah sekian lama memendam rasa tidak puas hati, kerana BN tidak dilihat bersungguh untuk memulihkan ekonomi bandar yang dahulu makmur dengan industri balak.

Industri ini digantikan dengan pub karaoke yang tumbuh bagaikan cendawan, dan Najib nampaknya tidak berminat untuk membincangkan isu kelemahan prasarana di Sibu.
Penyerahan sumbangan RM18 juta menjadi tumpuan utama media arus perdana. Namun kesannya belum diketahui sehinggalah pada hari pengundian nanti, kerana masyarakat Cina yang membentuk 65 peratus dari pengundi Sibu kini condong menyokong Pakatan Rakyat.



span style="color: rgb(204, 0, 0);">Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.